PEKELILING PENTADBIRAN: BIL.3/2025
PELANTIKAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Sukacita dimaklumkan bahawa Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi telah bersetuju melantik YBrs. Prof. Dr. Mohd Shafry bin Mohd Rahim sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia yang ke-lapan. Pelantikan ini adalah untuk tempoh dua (2) tahun berkuat kuasa mulai 9 Januari 2025 hingga 8 Januari 2027
Sehubungan dengan itu, semua warga UTM diminta untuk mengambil maklum mengenai pelantikan ini dan memberikan kerjasama serta sokongan sepenuhnya kepada YBrs. Prof. Dr. Mohd Shafry bin Mohd Rahim dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab beliau sebagai Naib Canselor, bagi memartabatkan Universiti ke arah pencapaian kecemerlangan akademik dan organisasi yang lebih unggul.