PEKELILING PENTADBIRAN: BIL 21/2025
MENJALANKAN FUNGSI KETUA PUSTAKAWAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Dimaklumkan Puan Nor Asikin binti Mohamad, Ketua Pustakawan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah bersara wajib pada 06 Mei 2025.
2. Sehubungan dengan itu, Universiti telah bersetuju supaya Puan Zaleha binti Atan, Timbalan Ketua Pustakawan Gred S14, untuk menjalankan fungsi Ketua Pustakawan Universiti Teknologi Malaysia berkuat kuasa mulai 06 Mei 2025 sehingga urusan pelantikan Ketua Pustakawan dimuktamadkan.
3. Seluruh warga Universiti adalah diminta mengambil maklum berhubung perkara ini dan memberi sokongan dan kerjasama sepenuhnya sepanjang beliau menjalankan fungsi tersebut.
Sila layari laman sesawang Pekeliling Pentadbiran UTM di https://registrar.utm.my/circular/pekeliling-pentadbiran/pekeliling-pentadbiran-2025/ untuk pekeliling penuh.