PERINGATAN MESRA
KAJIAN INDEKS KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI MALAYSIA (PERKHIDMATAN AWAM) TAHUN 2024

Dengan hormatnya saya diarah untuk merujuk kepada surat JPA.100-8/4/3(56) bertarikh 24 September 2024 dan emel dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Tinggi bertarikh 14 Oktober 2024 berhubung perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam sedang menjalankan Kajian Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia (Perkhidmatan Awam) Tahun 2024. Kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti tahap kesejahteraan psikologi pegawai awam berdasarkan lima (5) dimensi iaitu emosi positif, emosi negatif, kepuasan hidup, kesejahteraan sosial dan kefungsian psikologi.

3. Sehubungan dengan itu,SEMUA STAF UTM adalah DIWAJIBKAN untuk melaksanakan kajian ini melalui pautan https://ikpm.jpa.gov.my . Seterusnya, staf yang telah selesai menjawab hendaklah mengisi link Pengesahan Menjawab IKPM 2024 di pautan berikut: https://forms.gle/gKFvXa2i8SKTAfmr6. Kajian ini perlu diisi selewat – lewatnya 30 Oktober 2024.

4. Perhatian dan kerjasama Semua Staf dalam menjayakan kajian ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

(Dilawati 42 kali, 1 lawatan hari ini)