APA ITU SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM (SSPA)?
Seiring dengan aspirasi nasional yang memberi fokus terhadap keberkesanan dan pencapaian keberhasilan dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) adalah wadah dalam memastikan sistem penyampaian perkhidmatan awam dapat dipertingkatkan bagi memenuhi harapan rakyat serta pemegang taruh yang semakin meningkat. SSPA merupakan inisiatif pembaharuan dalam perkhidmatan awam seiring dengan aspirasi membangun Malaysia MADANI. Maklumat lanjut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 berkaitan pelaksanaan ini boleh dicapai melalui laman sesawang rasmi JPA https://sspa.jpa.gov.my/index.php/pekeliling
(Dilawati 1,170 kali, 1 lawatan hari ini)