Salam Sejahtera / Warm Greetings.

  1. Bhg. Tan Sri / Datuk / Dato’/ Prof / Dr / Saudara,

(Sila rujuk lampiran pekeliling untuk perincian / For details, kindly refer to the attachment)

BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2019

Dimaklumkan bahawa pihak Kerajaan telah memutuskan supaya Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2019 dibayar kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM500.00 dan turut dipanjangkan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang bersara paksa sebanyak RM250.00 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2019 bertajuk Bantuan Khas Kewangan Tahun 2019.

 

  1. Berdasarkan pekeliling tersebut, Universiti bersetuju untuk membayar Bantuan Khas Kewangan ini kepada staf Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM500.00 dengan syarat bahawa pegawai masih berkhidmat sehingga 18 Disember 2019 dan berada dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut dalam tempoh 1 Januari 2019 hingga 18 Disember 2019. Manakala, pesara yang dilantik semula secaracontract of servicedi UTM dan masih berkhidmat pada 18 Disember 2019 juga layak dibayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.00. Walau bagaimanapun, pembayaran ini akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam sebanyak RM250.00 dan bakinya akan dibayar oleh UTM. Check filmy erotyczne retro filmyporno69.com.

 

  1. Sehubungan itu, Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.00 kepada staf UTM dan RM250.00 kepada pesara yang dilantik semula secaracontract of serviceakan dibayar pada, ver gran botín en vivo 18 Disember 2019.

 

Sekian, terima kasih.

PEKELILING PENTADBIRAN BIL. 39/2019: BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2019

____________________________________________________

Bahagian Pengurusan Organisasi / Organisational Management Division,

Jabatan Pendaftar Department of Registrar,

Universiti Teknologi Malaysia,

81310 Johor Bahru, Johor.

Office:07-5530145  I  Fax: 07-5545755 I  Websitehttps://registrar.utm.my/bpo/ 

(Dilawati 201 kali, 1 lawatan hari ini)