PEMUDAH UTM

LATAR BELAKANG

  • Idea penubuhan PEMUDAH UTM adalah melihat kepada keberkesanan peningkatan mutu perkhidmatan sektor kerajaan yang telah dilaksanakan oleh PEMUDAH KERAJAAN mulai 7 Februari 2007 dan dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Sidek bin Hassan, Ketua Setiausaha Negara.
  • Jawatankuasa Pemudahcara Sistem Kerja (PEMUDAH UTM) merupakan jawatankuasa kerjasama di antara Majlis Professor bersama Pejabat Pendaftar dan bahagian-bahagian berkuasa Universiti.
  • Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti yang diadakan pada 19 Disember 2008 dan diluluskan pada 7 Januari 2009 telah bersetuju penubuhan Jawatankuasa PEMUDAH UTM dan Mesyuarat Jawatankuasa PEMUDAH UTM yang pertama telah bersidang pada 14 Januari 2009.

OBJEKTIF PENUBUHAN

  • Menjadi pemangkin kepada perubahan dan menjadi perkhidmatan lebih berteraskan pelanggan, inovatif dan proaktif.
  • Mengurangkan masa dan kos pengurusan Universiti melalui penambahbaikan pelbagai urusan pengurusan dan pentadbiran Universiti.
  • Memudahkan dan memperkemas Sistem Pengurusan dan Sistem Automasi Pejabat di Universiti.
  • Mempercepat urusan transaksi melalui kajian maklumbalas pelanggan dan mengurangkan karenah di setiap bahagian dan fakulti.

TERMA RUJUKAN

  • Mengkaji semula status sistem penyampaian perkhidmatan universiti dari segi proses, prosedur, undang-undang dan sumber manusia ke arah pemacuan dan penambahbaikan.
  • Mempelajari amalan-amalan terbaik dari pelbagai Universiti Awam, Universiti Swasta dan Universiti Antarabangsa untuk `dibenchmark` oleh  universiti.
  • Memantau pelaksanaan polisi, strategik dan prosedur ke arah meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian di universiti serta meminimumkan birokrasi disetiap bahagian dan fakulti.
  • Mengambil tindakan proaktif terhadap segala isu yang berkaitan sistem penyampaian universiti yang dibangkitkan oleh universiti.
  • Mesyuarat PEMUDAH diadakan empat (4) kali setahun.

MEKANISME MAKLUMBALAS

Pelanggan yang ingin mengemukakan cadangan penambahbaikan sistem perkhidmatan UTM boleh mengemukakan maklumbalas melalui:

1.  Penyediaan kertas kerja/laporan

Kertas kerja/laporan hendaklah mengikut format yang ditetapkan dan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Organisasi, Pejabat Pendaftar.

Lampiran: (Format Kertas Kerja)

ATAU/DAN

2.  Pengisian Borang Maklumbalas

Borang Maklumbalas “Cadangan Penambahbaikan Sistem Penyampaian Perkhidmatan UTM” boleh didapati di Page PEMUDAH UTM atau Laman Web Pejabat Pendaftar (http://registrar.utm.my). Borang yang telah siap diisi hendaklah dikemukakan kepada m-jalel@utm.my atau norqamariah@utm.my atau melalui fax no: 07-5545755

Lampiran: Borang PEMUDAH/01 (PDF) / Borang PEMUDAH/02 (Google Docs)

(Dilawati 648 kali, 1 lawatan hari ini)