Apakah Trek Transisi?

Trek Transisi dalam DCP merujuk kepada trek “sementara” yang memberikan staf tempoh (cooling period’) sebelum mereka membuat pemilihan trek DCP sebenar. Terdapat 2 trek Transisidalam DCP iaitu:

  1. Trek Transisi 1 –Untuk stafbaharu(dilantik selepas 2016)
    Staf yang baharu dilantik akanmembuat pemilihan trek setelah berkhidmat genap tiga (3) tahun dan telah disahkan dalam perkhidmatan. Bagi staf berkenaan, data kenaikan pangkat akan disimpan dalam sistem Kenaikan Pangkat Versi 1 (KPA V.1).
  2. Trek Transisi 2 – Untuk staf yang sedang memohon kenaikan pangkat
    Penilaian adalah menggunakan syarat kenaikan pangkat sedia ada (sistem KPA V.1). Staf yang berada dalam trek Tansisi 2akan diberi tempoh sehingga 31 Disember 2021 sebelum membuat pemilihan trek DCP (rujuk jawapan kepada soalan 13 untuk perincian).

Adakah Staf Kontrak Layak Memilih Trek DCP?

Tidak. Staf kontrak akan berada pada status sedia ada seperti dalam lantikan asalsehingga tamat tempoh kontrak mereka pada tahun 2019. Selepas itu, trek DCP bagi staf kontrak akan ditetapkan oleh pihak Universiti yang akan dinyatakan dalam surat pelantikan baharu.

Bilakah Staf Boleh Membuat Pemilihan Trek DCP?

Pemilihan trek DCP kali pertama bagi semua staf yang layak akan bermula pada 10 Februari – 9 Mac 2019.

24 Feb – 9 Mac 2019 10 – 31 Mac 2019 1 – 30 April 2019 2 Mei 2019
Pemilihan trek DCP Tempoh penilaian / perakuan di peringkat Fakulti Tempoh penilaian dan penetapan pemilihan di peringkat Universiti Pemakluman keputusan pemilihan trek kepada staf

Adakah DCP Telah Mendapat Maklumbalas Staf Sebelum Dilaksanakan?

Tentu sekali. Beberapa siri town hall dan road show telah diadakan untuk mendapatkan maklumbalas staf akademik. Malah, Universiti telah melantik ahli Task ForceDCP di kalangan staf akademik dengan latarbelakang pelbagai kepakaran dengan pencapaian cemerlang dalam trek DCP yang berkaitan sebelum dikuatkuasakan melalui Pekeliling Pentadbiran Bil. 62/2018: Pelaksanaan Laluan Kerjaya Pelbagai Trek Staf Akademik (Differentiated Career Pathway)- DCP) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).