Apakah kemudahan yang diberikan kepada keluarga staf sekiranya staf meninggal dunia?

Setiap staf yang meninggal dunia dalam perkhidmatan akan diberi wang bantuan mengurus jenazah berjumlah RM3,000.00. Wang ini akan disampaikan kepada waris dalam tempoh 24 Jam selepas pihak BPO mendapat maklumat kematian. Bantuan ini adalah selaras dengan peruntukan yang ada dalam Pekeliling Perkhidmatan bil. 9/1991 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Adakah UTM membenarkan kutipan derma dilakukan di dalam kampus?

Ya. Namun, perlu mendapatkan surat pengesahan daripada pihak berwajib sebagai mana berikut:

i. Derma daripada organisasi luar.

  • Masjid atau surau: melalui Jabatan Agama Negeri atau Daerah.
  • Derma khas: melalui kementerian atau Jabatan Kerajaan.
  • Derma rumah anak yatim: melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.

ii. Derma dalaman.

  • Staf: melalui ketua jabatan.
  • Pelajar: melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP).