Apakah Perbezaan UTM Berbanding RU Atau UA Lain Dalam Pelaksanaan DCP?

Penandaarasan yang dijalankan dengan sebuah RU dalam pelaksanaan DCP mendapati:

  1. Pelaksanaan DCP di UTM lebih prihatin kepada kebajikan staf kerana mengambilkira aspek kepelbagaian latar-belakang stafiaitu mereka yang belum atau sedang memohon kenaikan pangkat serta staf yang belum disahkan jawatan.
  2. LPPT DCP UTM mengiktiraf semua pencapaian tahunan staf melalui konsep limpahan manakala RU berkenaan meletakkan syarat minimum bagi setiap elemen penilaian.
  3. Pemilihan trek DCP di UTMlebihterpimpin berbanding RU berkenaan yang tidak meletakkan sebarangsekatan masa atau tempoh. Keadaan ini dilihat boleh menjejaskan perancangan kenaikan pangkat staf dan pada masa yang sama menjejaskan perancangan Universiti.

Apakah Maksud Kuota Trek DCP?

Kuota Trek DCP merujuk kepada kuota bilangan staf yang akan mengikut setiap trek DCP seperti yang diluluskan oleh Pengurusan Universiti dalam satu-satu masa. Tujuan kuota ini diwujudkan ialah untuk memastikan pelestarian antara keperluan UTM sebagai Universiti Penyelidikan dengan mengambilkira MYRA2 berbanding Visi dan Misi UTM. Kuota terkini yang telah ditetapkan adalah seperti dalam jadual berikut:

TREK DCP
  PENYELIDIKAN PENGAJARAN AMALAN PROFESIONAL KEPIMPINAN INSTITUSI
*PERATUS(%) 50 (minimum) 40 (capping) 5 (capping) 5 (capping)

*% adalah dari bilangan keseluruhan staf akademik UTM, tidak termasuk staf dalam trek Transisi 1 dan 2

Selepas DCP Dilaksanakan Adakah Penilaian Prestasi Tahunan Staf Juga Dinilai Berasaskan Trek DCP Yang Dipilih?

Komponen Penilaian Prestasi Tahunan Staf (LPPT) telah dirangka semula supaya sejajar dengan DCP. Bagaimanapun di peringkat permulaan pelaksanaan DCP, staf dibenarkan untuk memilih trek LPPT yang berbeza daripada trek DCP yang telah dipilih, untuk dinilai pada tahun tersebut (tertakluk kepada kelulusan Ketua PTJ). Pilihan trek LPPT yang berbeza ini dibenarkan sehingga 2021. Selepas itu staf akan dinilai mengikut pilihan trek DCP semasa masing-masing.

Bagi Pentadbir Akademik yang dilantik oleh Universiti, penilaian prestasi tahunan akan dinilai berdasarkan trek LPPT Kepimpinan, walaupun mereka mungkin memilih trek DCP yang berbeza (contohnya Pengajaran atau Penyelidikan).

Adakah Staf Diberi Peluang Untuk Menukar Trek DCP, Selepas Pemilihan Kali Pertama?

Bagi staf yang telah berkhidmat lebih 3 tahun

  1. Pemilihan trek DCPpada tahun 2019 adalah dikira sebagai pemilihantrek kali pertama.
  2. Selepas pemilihan trek kali pertama, staf dibenarkan menukar trek DCP dua (2) kali sahaja dalam tempoh sepuluh (10) tahun pertama (tidak termasuk pilihan trek kali pertama).
  3. Selepas itu staf masih boleh menukar trek DCP, hanya satu (1) kali sahaja dalam tempoh setiap sepuluh (10) tahun berikutnya.

Bagi staf yang telah berkhidmat kurang 3 tahun

  1. Staf akan membuat pemilihan trek DCP kali pertama selepas genap tempoh 3 tahun perkhidmatan di UTM dan disahkan dalam perkhidmatan.
  2. Staf boleh menukar trek DCP dua (2) kali sahaja dalam tempoh sepuluh (10) tahun pertama perkhidmatan di UTM (tidak termasuk pilihan trek kali pertama).
  3. Selepas itu staf masih boleh menukar trek DCP, hanya satu (1) kali sahaja dalam tempoh setiap sepuluh (10) tahun berikutnya.

Bagaimanakah Penilaian Kenaikan Pangkat Bagi Staf Yang Berada Dalam Trek Transisi 2 Ini Dijalankan?

Bermula Februari 2019, staf dalam trek Transisi 2 perlu mempunyai markah sekurang-kurangnya 70% bagi setiap kriteria KPA V.1. Perincian pemarkahan yang perlu dicapai bagi staf berkenaan adalah seperti jadual berikut:

Tahun Pelaksanaan Trek Transisi 2
(% Markah bagi setiap ktriteria KPA V.1)
Sekiranya penilaian mengikut kriteria KPA V.1 belum memenuhi syarat kenaikan pangkat
2019 >70 Diberi tempoh sehingga tahun 2021 untuk memenuhi kriteria yang disyaratkan. Peratus markah setiap kategori perlu dipenuhi meningkat mengikut tahun.
2020 >75
2021 >78
2022 >0 Jika masih tidak memenuhi syarat, staf akan tertakluk terus tertakluk di bawah DCP (perlu buat pemilihan trek)

Bahagian Sumber Manusia akan membekalkan kepada Pegawai Sumber Manusia PTJ masing-masing senarai staf yang layak berada dalam trekTransisi 2 selepas 28 Feb 2019.