+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Perundingan

Kriteria Penerima Anugerah Perundingan

 

Syarat-syarat kelayakan:

  1. Projek yang telah tamat (bermaksud tamat dari segi penghantaran laporan akhir) mengikut jadual dalam masa tahun 2011 beserta laporan yang lengkap.
  2. Projek mesti berdaftar dengan Pusat Inovasi dan Komersialisasi (ICC), Uni-Technologies Sdn. Bhd. (UTSB) dan Bendahari.

 

Kriteria & Indeks Pemarkahan:

Kriteria Indeks Catatan
A. Nilai Kos Perundingan
(40%)
Bersamaan atau melebihi
RM 500,000.00
  1. Sekiranya nilai kos Perundingan bersamaan dan melebihi RM 500,000.00, markah penuh 40% akan diberikan.
  2. Jika jumlah nilai kos perundingan adalah sama, tempoh projek yang lebih pendek akan mendapat lebih keutamaan.

Markah Penuh 40%

B. Kepelbagaian Disiplin (15%) Memenuhi kehendak syarat permohonan dan dilampirkan dengan bukti yang jelas dan sahih serta diakui oleh Dekan Penyelidikan RA. Tiga bidang yang pelbagai akan menerima markah penuh
  1. Kepakaran dan hasil produk / end product projek membuktikan pelbagai disiplin telah diaplikasikan

Markah Penuh 15%

C. Sumbangan Pembangunan Profesionalisma
(10 %)
Sekurang-kurangnya seorang di bawah seliaan untuk pembangunan profesionalisma.Lima orang yang terlibat dalam perlaksanaan projek (Staf /Perunding UTM/RO)
  1. Sumbangan pembangunan profesionalisma bagi mendapatkan status/gelaran Ir (5%) (seorang)
  2. Staf /Perunding UTM/RO yang terlibat dalam projek (5%)(lima orang)

Markah Penuh 10%

D. Sumbangan Pengajaran & Keilmuaan (5%) Memenuhi syarat permohonan dan dilampirkan dengan bukti yang jelas dan sahih serta diakui oleh Dekan Penyelidikan RA. Lampiran seperti thesis, publication paper boleh disertakan dalam borang penyertaan.
  1. Projek menjadi bahan rujukan pelajar-pelajar danĀ  telah mengaplikasikannya dalam bentuk praktikal (Maksimum 2.5%)
  2. Penghasilan bahan keilmuan (Maksimum 2.5%)

Markah Penuh 5%

E. Imej dan ReputasiĀ  (10%) Memenuhi syarat permohonan dan dilampirkan dengan bukti yang jelas dan sahih serta diakui oleh Dekan Penyelidikan RA.
  1. Pada tahap antarabangsa(10%) atau dalam negara (8%) (Maksimum 10%)

Markah Penuh 10%

F. Pengiktirafan Pelanggan (15%) Memenuhi syarat permohonan dan dilampirkan dengan bukti yang jelas dan sahih serta diakui oleh Dekan Penyelidikan RA.
  1. Pengiktirafan keyakinan klien (pemberian projek baru, repeat order, surat penghargaan, etc.) (15%)
  2. Markah bonus tambahan akan diberikan sekiranya ada anugerah (anugerah kualiti, award, etc)

Markah Penuh 15%

G. Kualiti Perlaksanaan (5%) Memenuhi syarat dimana projek perlu tamat mengikut kontrak/perjanjian berdasarkan masa dan peruntukan kewangan
  1. Ketepatan Masa dan peruntukan

Markah Penuh 5%