+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Anugerah Khidmat Masyarakat

Kriteria Penerima Anugerah Khidmat Masyarakat

 

A.  Pemarkahan

1. Keahlian dalam persatuan / pertubuhan di UTM 10%
2. Kegiatan lain di UTM 5%
3. Keahlian dalam persatuan / pertubuhan di luar UTM 10%
4. Kegiatan lain di luar UTM 5%
5. Sumbangan atau aktiviti dalam masyarakat 60%
6. Anugerah / Penghargaan / sokongan yang pernah diperolehi 10%

 

B. Garis Panduan & Kriteria Pemilihan

  1. Pencalonan dibuka kepada semua staf akademik pentadbiran dan sokongan setiap fakulti, bahagian, unit.
  2. Pencalonan juga dibuka melalui persatuan seperti PKA, PERKABA, PERTISAS dan lain-lain.
  3. Pencalonan mestilah melalui Ketua Jabatan seseorang calon tersebut.
  4. Purata markah minimum ialah 60 peratus. Walau bagaimanapun sekiranya tiada calon yang mendapat markah 60 peratus, markah 40 – 50 peratus boleh dipertimbangkan mengikut budi bicara panel.
  5. Calon yang diperaku mestilah giat dalam persatuan / pertubuhan samada di dalam dan luar UTM.
  6. Calon yang diperaku mestilah aktif dalam memberi sumbangan khidmat masyarakat secara sukarela seperti gotong-royong, ceramah dan lain – lain.
  7. Calon yang diperaku sering mendapat anugerah atau penghargaan atau sokongan dari mana-mana pihak / penganjur.