+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Penghargaan Alumni

Kriteria Penerima Anugerah

  1. Kriteria anugerah masih menggunapakai syarat asas sedia ada iaitu:
    1. Memberi sumbangan kepada mahasiswa UTM, alumni UTM, komuniti, di peringkat negara dan dunia:
      1. Aktif dalam berpersatuan : disektor negeri, Special Interest Group (SIG), persatuan-persatuan Alumni UTM dan koperasi Alumni UTM Berhad (KAUTMB)
      2. Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti alumni
      3. Penglibatan dan sumbangan dalam program-program universiti (memberi idea/ceramah/seminar/nasihat/kepakaran/dan lain-lain)
      4. Memberi sumbangan kepada Tabung Endowmen Alumni UTM.
      5. Memberi lain-lain sumbangan/penajaan berupa wang peralatan dan sebagainya.
      6. Pencapaian tinggi di peringkat nasional dan internasional yang membanggakan universiti.
      7. Penglibatan aktif dalam jawatankuasa Non-Covermental Organization (NGO) peringkat nasional dan antarabangsa.
      8. Lain-lain sumbangan.

      .

    2. Berjaya dalam kerjaya:
      1. Memegang jawatan penting dalam kerajaan, badan berkanun atau swasta yang boleh dibanggakan.
      2. Berjaya dalam bidang keusahawanan dan perniagaan yang diceburi.
      3. Mempunyai firma sendiri yang boleh dibanggakan.

      .

    3. Syarat-syarat:
      1. Tidak pernah diisytiharkan muflis/bankrap
      2. Tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah.

      .

    4. Tokoh Alumni tidak diambil kira kerana anugerah tokoh adalah lebih tinggi tarafnya.
    5. Seseorang alumni hanya berhak menerima sekali sahaja Penghargaan Alumni.

    .

  2. Bagi pemilihan setiap kategori pula, ianya akan dinilai berdasarkan kepada aspek berikut:-
    .

    1. Anugerah Penghargaan Alumni Terbilang
      1. Calon adalah terdiri daripada Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan Chief Executive Officer (CEO) di sesebuah organisasi penting bagi sektor kerajaan ataupun swasta.

      .

    2. Anugerah Penghargaan Alumni Cemerlang
      1. Calon adalah terdiri daripada Pengurus Besar, Pengarah, Ketua Jabatan tertentu di sesebuah organisasi penting bagi sektor kerajaan ataupun swasta.

      .

    3. Anugerah Penghargaan Khas Pro-Canselor
      1. Calon adalah dikhususkan kepada mereka yang mempunyai keistimewaan dan sumbangan tertentu kepada Universiti dan negara.