+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Inovasi Naib Canselor

TUJUAN

Garis panduan ini bertujuan untuk membantu Pusat Tanggungjawab (PTJ) membuat permohonan untuk menyertai Anugerah Inovasi Naib Canselor (AINC) bagi sesi pencalonan produk/projek inovasi bagi tahun 2012 hingga tiga (3) tahun ke belakang.

DEFINISI INOVASI (DALAM KONTEKS AINC UTM)

Inovasi adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Hasil inovasi yang berupa produk atau servis boleh merangkumi apa-apa perubahan dan penambahbaikan kepada sistem, prosedur, kaedah dan/atau cara bekerja.

OBJEKTIF ANUGERAH INOVASI NAIB CANSELOR (AINC)

Objektif AINC adalah untuk:

  • Memberi pengiktirafan kepada inovasi yang diperkenalkan dan diaplikasikan di sesebuah Pusat Tanggungjawab (PTJ)
  • Memupuk dan menyemarak budaya kreatif dan inovatif dalam cara bekerja seharian
  • Memperkenalkan dan menyebarkan hasil-hasil inovasi yang boleh dicontohi untuk faedah organisasi lain
  • Menyumbang kepada peningkatan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Syarat-syarat penyertaaan AINC adalah seperti berikut:-

  • Penyertaan dalam AINC hendaklah melalui pencalonan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ)
  • Inovasi yang dihasilkan hendaklah memberi faedah yang jelas dari segi peningkatan kualiti dan produktiviti sesebuah organisasi
  • Setiap PTJ boleh mencalonkan sekurang-kurangnya satu (1) dan maksimum tiga (3) pencalonan hasil inovasi.
  • Inovasi-inovasi yang tidak layak untuk menyertai AINC 2012 :
    1. Inovasi daripada hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang tiada kaitan dengan
    2. peningkatan kualiti dan produktiviti organisasi
    3. Inovasi yang sudah tidak digunapakai / diaplikasi pada tahun dinilai

TUMPUAN PENILAIAN DAN KRITERIA PEMILIHAN ANUGERAH INOVASI NAIB CANSELOR (AINC)

Tumpuan penilaian dan kriteria pemilihan yang digunakan dalam proses penilaian AINC 2012 adalah seperti berikut:

Tumpuan Penilaian Pertama : Idea

Idea yang dicetuskan bagi menghasilkan sesuatu inovasi itu diukur dari segi kreativitinya iaitu dengan menilai keaslian dan adaptasi inovasi tersebut.

  •  Kriteria Penilaian Pertama: Kreativiti

Kriteria ini bertujuan untuk melihat sejauh mana projek inovasi yang dihasilkan memenuhi ciri-ciri keaslian dan adaptasi.  Penerangan mengenai kriteria ini perlu mempunyai ciri-ciri berikut:

    1. Keaslian Inovasi yang dihasilkan adalah idea yang asli
    2. Adaptasi Inovasi yang dihasilkan merupakan penambahbaikan atau pengubahsuaian idea sedia ada.

Tumpuan Penilaian Kedua: Hasil Inovasi (Output)

Hasil inovasi (output) diukur dengan mengambil kira tahap pelaksanaan dan kebolehgunapakaian sesuatu inovasi itu.

  • Kriteria Penilaian Kedua: Tahap Pelaksanaan

Kriteria ini bertujuan untuk melihat sejauh mana tahap pelaksanaan inovasi yang dihasilkan sama ada ia telah berjaya dilaksanakan sehingga ke peringkat seperti berikut:

    1. Secara penuh (melepasi peringkat percubaan); atau
    2. Secara percubaan (di peringkat prototaip).

 Tumpuan Kriteria Penilaian Ketiga: Boleh Digunapakai (Replicability

Kriteria ini bertujuan untuk melihat sejauh mana inovasi yang dihasilkan memenuhi ciri-ciri yang boleh digunapakai dan diamalkan oleh organisasi-organisasi lain seperti berikut:

  1. Dilaksanakan secara terus di pelbagai tempat; dan
  2. Dilaksanakan dengan pengubahsuaian mengikut keperluan tanpa melibatkan kos yang tinggi.

Impak (outcome) dinilai dengan melihat kepada kriteria efisien (kecekapan) dan signifikan sesuatu inovasi tersebut.

  • Kriteria Penilaian Keempat: Efisien

Kriteria ini bertujuan untuk menilai sejauh mana inovasi yang dihasilkan dapat menyumbang kepada:

    1. Penjimatan Masa
    2. Penjimatan Kos
    3. Peningkatan Produktiviti
    4. Mudah Digunakan (User-Friendly)
  • Kriteria Penilaian Kelima: Signifikan

Kriteria ini bertujuan untuk menilai sejauh mana inovasi yang dihasilkan memenuhi ciri-ciri signifikan dan memberi impak kepada keberkesanan dan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan sesebuah organisasi / PTJ.

Tumpuan Penilaian Keempat : Pengurusan

Aspek pengurusan dinilai dengan memberi penekanan kepada komitmen pihak pengurusan atasan.

  • Kriteria Penilaian Keenam: Komitmen

Kriteria ini bertujuan untuk melihat sejauh mana komitmen pengurusan atasan dalam memberi sokongan dari segi:

    1. Kewangan
    2. Pengurusan Sumber Manusia
    3. Insentif
    4. Penghargaan
    5. Peralatan