+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Penasihat Akademik Terbaik

Kriteria Penerima Anugerah

 

Pengenalan

Anugerah ini diperkenalkan bagi mengiktiraf staf akademik yang menjalankan tugas sebagai Penasihat Akademik dengan cemerlang.
Nilai Hadiah

Nilai hadiah bagi penerima anugerah ini adalah kekal seperti berikut:

  1. Wang tunai berjumlah RM2000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ribu Sahaja)
  2. Plak / Trofi
  3. Sijil

 

Pencalonan

  1. Terbuka kepada semua staf akademik berjawatan tetap yang dilantik sebagai Penasihat Akademik mahasiswa sekurang-kurangnya 5 tahun dan telah menyelia satu kohot mahasiswa,
  2. Semua pencalonan hendaklah melalui Dekan Fakulti dengan menggunakan borang pencalonan yang disediakan (Borang UTM-UGS-APAT 2011/01),
  3. Setiap pencalonan mesti diiringi dengan 2 surat sokongan iaitu daripada mahasiswa dan Ketua Jabatan atau Dekan fakulti masing-masing. Surat sokongan harus menyatakan perkhidmatan penasihatan akademik yang diberikan, aktiviti serta usaha cemerlang dalam memberi penasihatan. Maklumat-maklumat lain yang boleh dimasukkan adalah seperti yang tertera dalam perkara 4.0.

 

Kriteria Pencalonan

Jawatankuasa Pemilih Anugerah akan menilai pencalonan berdasarkan kualiti dan amalan penasihatan yang berkesan dan cemerlang.

  1. Menunjukkan kesungguhan dalam aktiviti penasihatan
  2. Kemahiran interpersonal yang berkesan
  3. Mudah dihubungi mahasiswa
  4. Sering berhubung dengan mahasiswa
  5. Tahu merujuk mahasiswa kepada pusat/unit sokongan yang berkaitan
  6. Pemantauan terhadap perkembangan mahasiswa dari segi akademik
  7. Pengetahuan berkaitan peraturan akademik universiti
  8. Kebolehan memberikan penasihatan berkaitan kerjaya dan pembangunan diri mahasiswa.

*Dokumen dan bahan bukti harus disertakan bagi menyokong maklumat di atas.

 

Kriteria Pemarkahan

Pembahagian markah bagi menentukan pemenang anugerah ini ialah seperti berikut:

  1. Pengetahuan (30%)
    1. Tahu merujuk mahasiswa kepada pusat/unit sokongan yang berkaitan (10%)
    2. Pengetahuan berkaitan peraturan akademik universiti (10%)
    3. Kebolehan memberikan penasihatan berkaitan kerjaya dan pembangunan diri mahasiswa (10%)
  2. Kemahiran (30%)
    1. Kemahiran interpersonal yang berkesan (15%)
    2. Pemantauan terhadap perkembangan mahasiswa dari segi akademik (15%)
  3.  Sikap (40%)
    1. Menunjukkan kesungguhan dalam aktiviti penasihatan (15%)
    2. Mudah dihubungi mahasiswa (15%)
    3. Sering berhubung dengan mahasiswa (10%)

 

Panel Penilai

Panel penilai Anugerah Penasihat Akademik Terbaik adalah terdiri daripada:

i. Prof. Dr. Ahmad Kamal bin Idris
Dekan Pengajian Prasiswazah
Pengerusi
ii. Prof. Dr. Shahrin bin Mohammad
Fakulti Kejuruteraan Awam
Ahli
iii. Prof. Dr. Husin bin Wagiran
Fakulti Sains
Ahli
iv. Prof. Madya Ir. Hayati binti Abdullah
Pemenang APAT Tahun 2008
Ahli
v. Pn. Safriza binti Sabjah
Penolong Pendaftar Kanan UGS
Urusetia

 

Pencalonan daripada fakulti mesti disertai dengan dokumen berikut:

  1. Borang pencalonan (borang UTM-UGS-APAT 2011/01),
  2. Borang penilaian (borang UTM-UGS-APAT 2011/02) oleh sekurang-kurangnya 3 orang mahasiswa,
  3. 2 surat sokongan
  4. CV calon
  5. Write up 1 muka surat calon
  6. Gambar calon bersaiz passport; dan
  7. Dokumen dan bahan bukti berkaitan Penasihatan Akademik