Kriteria Penerima Anugerah Buku Karya Asli
Syarat Pencalonan Dan Kriteria Penilaian
1. | Staf | Calon hendaklah terdiri daripada staf Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang berkhidmat dalam tahun penganugerahan (2011) sahaja. |
2. | Jenis Karya yang Layak Dicalonkan | Hanya karya Asli dalam bahasa Malaysia dan bahasa Asing terbitan Penerbit UTM Press atau Penerbit Luar* yang diterbitkan dalam tahun 2011, yang mempunyai ISBN dan data pengkatalogan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). |
3. | Karya yang Tidak Layak Dicalonkan | Karya yang diklasifikasikan sebagai Cetakan Awal, Modul Pembelajaran, Buku Mewah, Monograf, Bab dalam Buku, Buku Selenggaraan/Suntingan (Edited Volume), dan penerbitan sendiri. |
4. | Penulis Karya | Karya yang dihasilkan oleh calon sama ada secara individu atau bersama dengan penulis lain (dalam atau luar UTM) terhad kepada maksimum empat (4) orang penulis sahaja. |
5. | Bahan Bukti Penyertaan | Kemukakan empat (4) naskhah setiap pencalonan judul (tidak akan dikembalikan) bagi buku terbitan selain Penerbit UTM Press. |
6. | Perakuan | Buku terbitan Penerbit UTM Press secara automatik akan dicalonkan. Setiap pencalonan daripada penerbit luar perlu disokong dan diperakukan oleh Dekan/Pengerusi Jawatankuasa Penerbitan Akademik Fakulti. |
7. | Tarikh Tutup Pencalonan | Pencalonan buku terbitan Penerbit Luar hendaklah sampai kepada Urus Setia selewat-lewatnya pada 11 Mac 2012 sebelum jam 12.00 tgh. |
*Nota: Penerbit Luar ditakrifkan sebagai penerbit dalam negara yang menganggotai Persatuan Penerbit Buku Malaysia (Malaysian Book Publishers Association – MABOPA)/ menganggotai Persatuan Penerbit Buku Bumiputera (Bumiputera Book Publishers Association – IKATAN)/Pusat Penyelidikan/Badan Profesional/Badan Bukan Kerajaan dan termasuk penerbit antarabangsa yang melakukan proses penerbitan secara formal: melalui proses penilaian dan penyuntingan atau mempunyai lembaga editorial. |
Kriteria Penilaian
Kriteria 1: Keaslian Karya & Kekuatan (Markah Penuh: 40)
Markah | Penekanan |
10 | Keaslian karya yang dihasilkan oleh pengarang, bukan terjemahan atau saduran. |
10 | Kesesuaian dan kerelevanan karya sama ada berbentuk prinsip/kaedah/ciptaan dengan khalayak pembaca. |
10 | Pendekatan berbeza yang dibawa oleh sesebuah karya boleh bercorak kontekstual atau bersepadu. |
10 | Isi dan sumbangan dalam bidang ilmu menerusi bahan karya. |
Kriteria 2: Bahasa (Markah Penuh: 30)
Markah | Penekanan |
10 | Laras sesuai dengan bidang. |
10 | Pemilihan kata dan istilah yang tepat; imbuhan, tanda baca, dan ejaan yang betul, serta penggunaan ayat yang gramatis dan berkesan. |
10 | Retorik dan informatif yang berkesan, pendekatan dan hujah yang meyakinkan dan kesinambungan fikiran. |
Kriteria 3: Pengukuhan Buku (Markah Penuh: 20)
Markah | Penekanan |
10 |
|
10 | Penggunaan ilustrasi (rajah, peta, jadual, carta dll.), perisian (software) atau lain-lain bahan bantu yang memiliki ciri-ciri yang sesuai, jelas dan tepat yang menyokong karya. |
Kriteria 4: Pengukuhan Buku (Markah Penuh: 10)
Markah | Penekanan |
10 |
|
Skala Penilaian
Penilaian bagi Kriteria 4 – 1 adalah berdasarkan skala penilaian berikut:
Kurang daripada 3: Sangat Lemah;
3 – 4: Lemah;
5 – 6: Sederhana;
7 – 8: Baik;
9 -10: Sangat Baik.