Kriteria Penerima Anugerah Sukan
Pengenalan
- Tujuan anugerah ini diwujudkan adalah untuk menghantar mesej kepada masyarakat kampus dan luar kampus bahawa universiti juga memberikan tumpuan terhadap aktiviti sukan dan rekreasi. Ia diharap dapat memangkinkan aktiviti sukan di peringkat universiti dengan menobatkan atlit-atlit universiti. Ia juga sebagai usaha menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh atlit-atlit universiti yang telah mengharumkan nama universiti. Melalui pengiktirafan ini juga diharap akan dapat merangsang ke arah penjagaan kesihatan dan kecergasan melalui aktiviti sukan.
Kategori Anugerah Sukan UTM
Atlit Terbaik Lelaki & Wanita
- Usaha merakamkan penghargaan Universiti kepada orang perseorangan kerana jasa, perkhidmatan, dorongan kepimpinan kearah kemajuan sukan yang mencapai kejayaan cemerlang dalam arena sukan peringkat kebangsaan dan Antarabangsa. Anugerah ini dikurniakan kepada Atlit Terbaik Lelaki dan Wanita yang mencapai kejayaan kejayaan yang cemerlang dalam arena sukan bagi tahun yang berkenaan (1 Januari hingga 31 Disember), yang dengan itu mengharumkan nama Universiti, Negeri dan Negara.;jg;
Kriteria Pemilihan
- Menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pertandingan peringkat Universiti, Negeri, Kebangsaan atau Antarabangsa bagi tahun yang berkenaan dan mempunyai sifat-sifat kecemerlangan dalam sukan seperti disiplin, dedikasi, kewibawaan dan peribadi yang boleh dicontohi.
- Menduduki ‘ranking’ yang tinggi di peringkat Universiti atau Kebangsaan bagi tahun yang berkenaan.
- Mewakili / menyertai pertandingan dalam negeri bagi tahun yang berkenaan.
Kepimpinan Sukan
- Penghargaan diberikan kepada individu yang bergiat aktif dalam sukan yang diceburi sebagai individu yang dapat menyumbangkan tenaga untuk menaikkan mutu sukan berkenaan dan mengharumkan nama Universiti, Negeri dan Negara.
- Anugerah ini hanya sekali dalam perkhidmatan.
Urusetia
- Unit Sukan
Pemarkahan
Peringkat Perwakilan
Mewakili Negara | 10 Markah |
Mewakili Negeri | 8 Markah |
Mewakili Universiti | 6 Markah |
Mewakili Daerah | 4 Markah |
Mewakili Fakulti | 2 Markah |
Pencapaian
Jadual 2 – Markah Pencapaian Mengikut Peringkat & Kedudukan
Peringkat/ Kedudukan | Antarabangsa | Kebangsaan | Universiti | Negeri |
Johan/ Pertama/ Emas | 50 | 20 | 20 | 10 |
Naib Johan/ Kedua/ Perak | 40 | 15 | 15 | 8 |
Ketiga/ Gangsa/ Separuh Akhir | 30 | 10 | 10 | 6 |
Keempat | 25 | 5 | 5 | 2 |
Personaliti
Disiplin | 5 Markah |
Dedikasi | 5 Markah |
Semangat Berpasukan | 5 Markah |
Memajukan Diri | 5 Markah |
Kepimpinan | 5 Markah |
Bermaklumat | 5 Markah |
Inovatif | 5 Markah |
Nilai Hadiah
Anugerah Atlit Terbaik Lelaki & Wanita
RM 1000.00, Trofi(RM 250.00) dan Sijil – Keseluruhan RM 2500.00
Anugerah Kepimpinan Sukan
RM 2500.00, Trofi (RM250.00) dan Sijil – Keseluruhan RM 2750.00