+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Inovasi & Pengkomersialan Produk

Kriteria Penerima Anugerah Inovasi & Pengkomersialan Produk

 

Asas Anugerah

  1. Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk merangkumi produk* berasaskan penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan di Malaysia dan telah dikomersialkan, memberi impak dari segi penjanaan ilmu ke arah peningkatan kualiti hidup, pembangunan industri dan pertumbuhan ekonomi negara.
  2. Pemenang Anugerah ini boleh memohon semula pada tahun berikutnya dengan produk yang berbeza.

* Produk penyelidikan boleh merupakan rekabentuk, rekacipta, teknologi, perisian, formulasi atau proses.

 

Kriteria Pencalonan Produk

  1. Produk telah dikomersialkan melalui penjanaan pendapatan dan/atau mendapat pulangan daripada jualan. Yuran perlepasan boleh diambilkira sebagai pendapatan pengkomersialan. Wlau bagaimanapun, yuran perkhidmatan dan amaun terimaan daripada peyelidikan kontrak tidak diambil kira sebagai jualan kasar/pendapatan pengkomersialan.
  2. Nilai pendapatan kasar terkumpul sekurang-kurangnya RM 500,000 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Ribu)

 

Kriteria Pemilihan Anugerah Inovasi & Pengkomersialan Produk

Pemilihan produk akan mengambil kira perkara berikut:

  1. Penerangan dari aspek teknikal, keaslian (originality) dan kepentingan kepada pengguna.
  2. Perlu mendapat perlindungan harta intelek dan mempunyai perjanjian harta intelek.
  3. Pernah menerima anugerah dari dalam dann/atau luar negara.
  4. Telah menjana hasil jualan kasar dan/atau pendapatan pengkomersialan kepada universiti serta penyelidik.
  5. Telah berjaya menembusi pasaran dalam dan/atau negara.
  6. Mempunyai elemen nilai tambah berbanding dengan produk yang sedia ada di pasaran.
  7. Memberi impak terhadap kualiti hidup, industri dan ekonomi negara.
  8. Mampu menjana peluang pekerjaan dan bisnes baru.
  9. Terdapat usaha ke arah kelestarian bisnes termasuk pengembangan pasaran, penambahbaikan produk dan pelaburan semula dalam Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
  10. Penerbitan berkaitan produk telah dihasilkan.
  11. Telah memperolehi dana untuk sekurang-kurangnya satu fasa berikut : penyelidikan, pembangunan atau pengkomersialan.

 

Nilai Anugerah

Nilai hadiah adalah RM 20,000 (Ringgit Malaysia Dua puluh Ribu) beserta trofi dan sijil penghargaan daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Hadiah akan dikeluarkan atas nama pemohon yang akan membahagikannya kepada ahli kumpulan mengikut sumbangan masing-masing seperti yang tertera di dalam borang permohonan (warganegara Malaysia sahaja).