+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Teknologi Maklumat

Kriteria Penerima Anugerah Teknologi Maklumat

 

Kategori Fakulti/Bahagian/Unit

 

Tujuan

Tujuan Anugerah Teknologi Maklumat 2011 diwujudkan adalah sebagai pengiktirafan kepada Fakulti, Bahagian dan Unit  yang telah berusaha memperkasakan penggunaan  ICT secara meluas dan inovatif  dalam meningkatkan keberkesanan dan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan. Selain dari itu, anugerah ini juga dapat meningkatkan imej dan daya saing antara Fakulti, Bahagian dan Unit dalam melaksanakan tugas dan aktiviti menggunakan ICT serta membuat transformasi secara inovatif dan kreatif.

 

Syarat Penyertaan

Terbuka kepada semua Fakulti, Bahagian dan Unit di UTM yang memperkasakan ICT sebagai pendekatan utama dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. (Walau bagaimana pun, pemenang Anugerah Teknologi Maklumat bagi Tahun 2011 TIDAK DIBENARKAN menyertai anugerah pada tahun ini).

 

Hadiah

Hadiah yang ditawarkan kepada Fakulti , Bahagian atau Unit yang memenangi anugerah ini adalah berupa wang tunai berjumlah RM4000.00 (Ringgit Malaysia : Empat Ribu Sahaja), trofi dan sijil penghargaan.

 

Kriteria Penilaian

Pemilihan Anugerah Teknologi Maklumat 2012 (ATM 2012) adalah berdasarkan kepada empat (4) kriteria utama yang ditetapkan (seperti lampiran).

 

KRITERIA 1

Penggunaan Sistem Enteprise Sediada (30%)

    • Sila berikan keterangan ringkas mengenai usaha Fakulti / Bahagian / Unit  dalam memanfaat dan memperkasakan penggunaan sistem enterprise yang sediada seperti Sistem HR, Finance, Latihan Industri (LI), e-learning dll.
    • Berikan tiga (3) contoh sistem enterprise sediada yang digunapakai oleh Fakulti /  Bahagian / Unit  secara meluas

***Sediakan bukti-bukti dokumentasi

 

KRITERIA 2

Inovasi terhadap projek berasaskan sistem yang dibangunkan oleh Fakulti/Bahagian/Unit (30%)

    • Sila berikan keterangan ringkas mengenai tiga (3) contoh sistem atau  jenis produk-produk ICT  (jika ada), yang dibangunkan secara internal dan digunapakai  oleh pihak Fakulti / Bahagian / Unit  dalam meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan
    • Perancangan penambahbaikan masa depan kepada produk ICT yang telah beroperasi dan inovasi yang akan dijalankan kepada sistem sedia ada.

***Sediakan bukti-bukti dokumentasi

 

KRITERIA 3

Penyelesaian masalah secara inovatif menggunakan ICT (30%)

    • Sila berikan keterangan ringkas mengenai langkah-langkah penyelesaian masalah secara inovatif menggunakan ICT di Fakulti/ Bahagian / Unit
    • Idea kreatif dan inovatif menggunakan ICT dalam menyelesaikan masalah organisasi seperti jumlah pengurangan masa dan kos bagi sesuatu tugas dengan mengunakan ICT.
    • Program-program ICT yang dilaksanakan di peringkat organisasi  (eg. bilangan pengguna sistem, aktiviti ICT di peringkat nasional dan antarabangsa)
    • Sejauhmana perisian yang dibangunkan memberi faedah untuk kegunaan di pelbagai peringkat  Fakulti / Bahagian / Unit , Universiti, Negara dan Antarabangsa.

***Sediakan bukti-bukti dokumentasi

 

KRITERIA 4

Keberkesanan penggunaan ICT dalam penyampaian perkhidmatan kepada stakeholders (10%)

    • Sila berikan keterangan ringkas mengenai keberkesanan dan manfaat  penggunaan dan pemerkasaan ICT  dalam penyampaian perkhidmatan di Fakulti / Bahagian / Unit dan impaknya  kepada stakeholders.

***Sediakan bukti-bukti keberkesanan sistem ICT kepada stakeholders