+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Buku Karya Asli

Kriteria Penerima Anugerah Buku Karya Asli

 

Syarat Pencalonan Dan Kriteria Penilaian

1. Staf Calon hendaklah terdiri daripada staf Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang berkhidmat dalam tahun penganugerahan (2011) sahaja.
2. Jenis Karya yang Layak Dicalonkan Hanya karya Asli dalam bahasa Malaysia dan bahasa Asing terbitan Penerbit UTM Press atau Penerbit Luar* yang diterbitkan dalam tahun 2011, yang mempunyai ISBN dan data pengkatalogan  Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).
3. Karya yang Tidak Layak Dicalonkan Karya yang diklasifikasikan sebagai Cetakan Awal, Modul Pembelajaran, Buku Mewah, Monograf, Bab dalam Buku, Buku Selenggaraan/Suntingan (Edited Volume), dan penerbitan sendiri.
4. Penulis Karya Karya yang dihasilkan oleh calon sama ada secara individu atau bersama dengan penulis lain (dalam atau luar UTM) terhad kepada maksimum empat (4) orang penulis sahaja.
5. Bahan Bukti Penyertaan Kemukakan empat (4) naskhah setiap pencalonan judul (tidak akan dikembalikan) bagi buku terbitan selain Penerbit UTM Press.
6. Perakuan Buku terbitan Penerbit UTM Press secara automatik akan dicalonkan. Setiap pencalonan daripada penerbit luar perlu disokong dan diperakukan oleh Dekan/Pengerusi Jawatankuasa Penerbitan Akademik Fakulti.
7. Tarikh Tutup Pencalonan Pencalonan buku terbitan Penerbit Luar hendaklah sampai kepada Urus Setia selewat-lewatnya pada
11 Mac 2012 sebelum jam 12.00 tgh.

*Nota:

Penerbit Luar ditakrifkan sebagai penerbit dalam negara yang menganggotai Persatuan Penerbit Buku Malaysia (Malaysian Book Publishers Association – MABOPA)/ menganggotai Persatuan Penerbit Buku Bumiputera (Bumiputera Book Publishers Association – IKATAN)/Pusat Penyelidikan/Badan Profesional/Badan Bukan Kerajaan dan termasuk penerbit antarabangsa yang melakukan proses penerbitan secara formal: melalui proses penilaian dan penyuntingan atau mempunyai lembaga editorial.

 

Kriteria Penilaian

 

Kriteria 1: Keaslian Karya & Kekuatan (Markah Penuh: 40)

Markah Penekanan
10 Keaslian karya yang dihasilkan oleh pengarang, bukan terjemahan atau saduran.
10 Kesesuaian dan kerelevanan karya sama ada berbentuk prinsip/kaedah/ciptaan dengan khalayak pembaca.
10 Pendekatan berbeza yang dibawa oleh sesebuah karya boleh bercorak kontekstual atau bersepadu.
10 Isi dan sumbangan dalam bidang ilmu menerusi bahan karya.

 

Kriteria 2: Bahasa (Markah Penuh: 30)

Markah Penekanan
10 Laras sesuai dengan bidang.
10 Pemilihan kata  dan istilah yang tepat; imbuhan, tanda baca,  dan ejaan yang betul, serta penggunaan ayat yang gramatis dan berkesan.
10 Retorik dan informatif yang berkesan, pendekatan dan hujah yang meyakinkan dan kesinambungan fikiran.

 

Kriteria 3: Pengukuhan Buku (Markah Penuh: 20)

Markah Penekanan
10
  • Susunan bab yang lengkap dan tertib.
  • Pengembangan isi secara teratur dan tersusun.
  • Pemerengganan jelas.
  • Penjalinan yang baik antara perenggan.
10 Penggunaan ilustrasi (rajah, peta, jadual, carta dll.), perisian (software) atau lain-lain bahan bantu yang memiliki ciri-ciri yang sesuai, jelas dan tepat yang menyokong karya.

 

Kriteria 4: Pengukuhan Buku (Markah Penuh: 10)

Markah Penekanan
10
  1. Bahan awalan terdiri daripada:
    • Senarai kandungan
    • Prakata
    • Senarai singkatan simbol/formula
  2. Bahan akhiran terdiri daripada:
    • Rujukan/bibliografi
    • Indeks
    • Jawapan latihan
    • Lampiran
    • Glosari
  3. Etika kepengarangan (perakuan hak cipta/sumber asal)

 

Skala Penilaian

Penilaian bagi Kriteria 4 – 1 adalah berdasarkan skala penilaian berikut:
Kurang daripada 3: Sangat Lemah;

3 – 4: Lemah;

5 – 6: Sederhana;

7 – 8: Baik;

9 -10: Sangat Baik.