Apakah Objektif DCP?

  1. Membolehkan staf akademik memberi tumpuan kepada kekuatan masing-masing melalui kebebasan memilih trek untuk mencapai kecemerlangan kerjaya dan universiti pada amnya.
  2. Merangsang minat dan semangat staf untuk meningkatkan potensi dan prestasi mengikut minat dan kecenderungan masing-masing.
  3. Melahirkan komuniti yang mengiktiraf kepelbagaian bakat, kekuatan dan kepentingan akademik
  4. Menarik, memupuk dan mengekalkan bakat terbaik dan mengoptimumkan kekuatan bakat ahli akademik.

Apakah Laluan Kerjaya Pelbagai Trek?

DCP (Differentiated Career Pathway) merupakan sebahagian insiatif dalam Lonjakan 2: Kecemerlangan Bakat daripada 10 lonjakkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). DCP terhasil daripada University Transformation Programme Orange Book – Strenghtening Academic Career Pathways and Leadership Development. Pelaksanaannya adalah mulai Januari 2019.
DCP menyediakan 4 trek laluan kerjaya kepada staf akademik iaitu trek pengajaran, penyelidikan, amalan profesional dan kepimpinan institusi.