Apakah Laluan Kerjaya Pelbagai Trek?

DCP (Differentiated Career Pathway) merupakan sebahagian insiatif dalam Lonjakan 2: Kecemerlangan Bakat daripada 10 lonjakkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). DCP terhasil daripada University Transformation Programme Orange Book – Strenghtening Academic Career Pathways and Leadership Development. Pelaksanaannya adalah mulai Januari 2019.
DCP menyediakan 4 trek laluan kerjaya kepada staf akademik iaitu trek pengajaran, penyelidikan, amalan profesional dan kepimpinan institusi.