- Membolehkan staf akademik memberi tumpuan kepada kekuatan masing-masing melalui kebebasan memilih trek untuk mencapai kecemerlangan kerjaya dan universiti pada amnya.
- Merangsang minat dan semangat staf untuk meningkatkan potensi dan prestasi mengikut minat dan kecenderungan masing-masing.
- Melahirkan komuniti yang mengiktiraf kepelbagaian bakat, kekuatan dan kepentingan akademik
- Menarik, memupuk dan mengekalkan bakat terbaik dan mengoptimumkan kekuatan bakat ahli akademik.
Apakah Laluan Kerjaya Pelbagai Trek?
DCP (Differentiated Career Pathway) merupakan sebahagian insiatif dalam Lonjakan 2: Kecemerlangan Bakat daripada 10 lonjakkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). DCP terhasil daripada University Transformation Programme Orange Book – Strenghtening Academic Career Pathways and Leadership Development. Pelaksanaannya adalah mulai Januari 2019.
DCP menyediakan 4 trek laluan kerjaya kepada staf akademik iaitu trek pengajaran, penyelidikan, amalan profesional dan kepimpinan institusi.
Adakah setiap isu/ permasalahan yang saya kongsikan dalam sesi kaunseling akan direkodkan dalam buku perkhidmatan?
Segala perbincangan di dalam sesi kaunseling tidak akan direkod di dalam Buku Rekod Perkhidmatan tetapi hanya akan direkod di dalam rekod kaunseling dan ianya hanyalah untuk kegunaan dan rujukan kaunselor berkenaan sahaja.
Adakah maklumat yang saya berikan sewaktu sesi kaunseling selamat?
Segala isu atau permasalahan yang dikongsikan di dalam sesi kaunseling adalah RAHSIA & SULIT mengikut Akta Kaunselor 1998 berdasarkan syarat – syarat tertentu sahaja.
Jika saya mempunyai isu/masalah, bilakah waktu yang sesuai bagi saya mendapatkan khidmat kaunseling?
Anda boleh berjumpa dengan kaunselor jika anda merasakan perlu berkongsi dengan seseorang tentang isu/ permasalahan berkenaan dan tidak perlu menunggu sehingga perkara tersebut serius. Jika permasalahan masih kecil, ia akan memudahkan proses penyelesaian permasalahan tersebut.
Apakah isu atau masalah yang boleh saya kongsikan di dalam sesi kaunseling?
Pelbagai isu dan permasalahan boleh dikongsi dan dibantu melalui kaunseling. Contoh: peribadi, perkahwinan, keluarga dan kerjaya.
Bagaimana cara untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling di Unit Kaunseling Staf?
Sila buat temujanji terlebih dahulu dengan menghubungi Unit Kaunseling Staf untuk mendapatkan waktu temujanji agar tidak bertindan dengan klien lain. Sila hubungi Unit Kaunseling Staf untuk mendapatkan tarikh temujanji anda. Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.
Berapakah bayaran yang dikenakan setiap kali menghadiri sesi kaunseling di Unit Kaunseling Staf?
Perkhidmatan sesi kaunseling yang disediakan di Unit Kaunseling Staf adalah secara PERCUMA.
Siapakah yang boleh mendapatkan perkhidmatan di Unit Kaunseling Staf ini?
Perkhidmatan di Unit Kaunseling Staf adalah terbuka kepada semua Staf UTM. Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.
Di manakah terletaknya Unit Kaunseling Staf?
Unit Kaunseling Staf beroperasi di Pejabat Pendaftar. Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.