KEMUDAHAN RAWATAN BERTUGAS RASMI DI LUAR NEGARA

KELAYAKAN

Kategori staf yang layak menerima Kemudahan Rawatan Bertugas Rasmi di Luar Negara

Staf (Tetap) dan Suami/Isteri Staf

KOS YANG DITANGGUNG

Jenis – jenis kos rawatan perubatan yang disediakan untuk staf berdasarkan kelayakan bagi Kemudahan Rawatan Bertugas Rasmi di Luar Negara.

Rawatan di hospital kerajaan negara berkenaan

Belanja perubatan hendaklah munasabah dan rawatan hendaklah dilakukan di Hospital Kerajaan di negara berkenaan sahaja kecuali rawatan yang diperlukan secara serta merta dan tidak boleh dilengahkan bagi menyelamatkan nyawa pesakit (life-threatening), mengambil kira jarak di antara tempat kejadian dengan hospital yang paling hampir. Namun jika jarak hospital/klinik kerajaan dan hospital/klinik swasta adalah sama, rawatan hendaklah dilakukan di hospital/klinik kerajaan.

kos rawatan

Belanja perubatan itu hanya untuk bayaran bagi rawatan perubatan pesakit luar

kemalangan

Belanja perubatan bagi kecederaan akibat kemalangan yang berlaku semasa menjalankan tugas rasmi, kos rawatan termasuk wad adalah ditanggung sepenuhnya oleh Universiti.

PERKARA WAJIB

Pegawai yang bertugas rasmi di luar negara diwajibkan untuk mencarum Insurans Perjalanan Luar Negara dan bayaran premium adalah ditanggung oleh Universiti.

Semua Staf UTM yang bertugas secara rasmi ke luar Negara perlu membuat permohonan Perlindungan Insuran Kesihatan selepas mendapat kelulusan Borang A. Permohonan ini perlu disertakan bersama salinan Tiket Penerbangan dan Itineri perjalanan. Dokumen ini perlu dihantar melalui email : psarimah@utm.my

KOS YANG TIDAK DITANGGUNG

Jenis – jenis kos yang tidak tersenarai di dalam kategori jenis kos yang ditanggung.
LAIN - LAIN KOS

Kos yang tidak ditanggung merangkumi:
i. Bayaran wad;.
ii. Elaun makan dan bayaran sewa hotel/elaun lojing semasa di hospital tersebut.