kemudahan perubatan staf
universiti teknologi malaysia
Universiti Teknologi Malaysia telah menyediakan Skim Perkhidmatan Perubatan Staf yang bertujuan menetapkan dan menerangkan segala peraturan dan peruntukan faedah serta pentadbirannya bagi staf Universiti. Ia berkuatkuasa kepada semua staf yang layak menerima skim ini mengikut syarat-syarat pelantikan dan tanggungan mereka. Skim Perkhidmatan Perubatan Staf kali terakhir dikemaskini dan dikeluarkan setelah mendapat kelulusan oleh Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Malaysia pada 4 Januari 2000 mengikut Seksyen 4(1) (t) Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia. Skim ini telah dikemaskini dan ditambahbaik semula pada tahun 2023 dan berkuat kuasa pada 01 Januari 2024.
TUJUAN
Skim Perkhidmatan Perubatan staf bertujuan menetapkan dan menerangkan segala
peraturan dan peruntukan faedah serta pentadbirannya bagi staf Universiti. Ia berkuat kuasa
kepada semua pesara (Skim Pencen dan KWSP) dan staf yang layak menerima skim ini
mengikut syarat-syarat pelantikan dan tanggungan mereka.
kategori perkhidmatan perubatan staf
Skim Perkhidmatan Perubatan Staf merangkumi:
kemudahan rawatan di pusat kesihatan universiti
kemudahan rawatan di klinik panel universiti
kemudahan perubatan di hospital kerajaan
kemudahan rawatan kepakaran di hospital swasta
kemudahan rawatan dialisis/capd
kemudahan perubatan di institut jantung negara
kemudahan rawatan di hospital mata tun hussein onn
kemudahan rawatan di lppkn
kemudahan perubatan di luar negara
kemudahan rawatan pergigian
KEMUDAHAN RAWATAN BERTUGAS RASMI DI LUAR NEGARA
kemudahan pembelian cermin mata