Perkhidmatan Mel Universiti
Bahagian Pengurusan Organisasi (BPO), Jabatan Pendaftar bertanggungjawab menguruskan Mel Universiti yang merangkumi perkhidmatan penghantaran surat rasmi dalam dan ke luar Universiti yang diterima daripada Pusat Tanggungjawab/Fakulti.
Perkhidmatan Yang Disediakan
Surat Dalaman (Dispatch)
Penghantaran surat ke Peti Mel PTJ/Fakulti dalam kawasan kampus UTM Johor BahruÂ
Pos Dalam Negara
Penghantaran surat menggunakan perkhidmatan fraking, PosLaju, Surat Berdaftar
Pos Luar Negara
Penghantaran surat menggunakan perkhidmatan UPS / AsiaXpress
Tempoh Penghantaran
Kami komited dalam memastikan surat/bungkusan yang diproses oleh Unit Mel Universiti selamat tiba ke penerima dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Dalam Universiti
Luar Negara
Dalam Negara
Sistem Pengurusan Mel (Sysmel)
PTJ/Fakulti boleh membuat permohonan perkhidmatan mel dengan mengisi maklumat di modul Sysmel dari UTMHr bagi memudahkan proses semakan penghantaran khususnya bagi surat ke luar Universiti
Waktu Perkhidmatan
WAKTU OPERASI
Ahad – Rabu : 8.00 pagi – 5.00 petang
Khamis : 8.00 pagi – 3.30 petang
Rehat : 1.00 petang – 2.00 petang
MASA PENGHANTARAN
Franking : sebelum 9.00 pagi
Surat Berdaftar : sebelum 9.00 pagi
PosLaju : sebelum 12.00 t/hari
Kurier : sebelum 12.00 t/hari
DISPATCH KE PETI MEL
Sesi Pagi : 8.30 pagi
Sesi Petang : 2.30 petang
Peraturan Pengurusan Mel Universiti
Hubungi Kami
Kami sedia membantu anda. Sebarang pertanyaan & bantuan sila hubungi nombor tertera di bawah atau mengisi borang yang telah disediakan.
Unit Mel & Pengurusan Dokumen
Bahagian Pengurusan Organisasi, Jabatan Pendaftar
Telefon: 07-5530440 / 30442 / 31213