Pengenalan
Selaras dengan Pembangunan Budaya Kualiti meliputi urusan pembangunan budaya kualiti, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Jabatan Pendaftar mengambil langkah inisiatif bagi mengadakan Festival Inovasi yang bertujuan memberi pengiktirafan kepada projek – projek inovasi yang telah dihasilkan oleh staf Pengurusan dan Profesional dan sebagai galakan untuk staf berkreativiti dan berinovasi dalam pelbagai skop perkhidmatan.
KRITERIA / SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
- Penyertaan Festival Inovasi dibuka kepada semua staf Professional, Pengurusan & Pelaksana (PPP) daripada semua Pusat Tanggungjawab / Fakulti
- Inovasi yang dihasilkan hendaklah memberi faedah yang jelas dari segi peningkatan kualiti dan produktiviti sesebuah organisasi dan BUKAN hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang tiada kaitan dengan peningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.
- Tiada had penyertaan dikenakan kepada PTJ/Bahagian untuk pencalonan hasil inovasi. Bagi projek berkumpulan, bilangan maksimum keahlian adalah 10 orang ahli.
- Inovasi hendaklah milik PTJ yang mengambil bahagian ataupun penyertaan bersama jika inovasi dimiliki bersama PTJ lain. Bagi projek yang dilaksanakan bersama hendaklah ditetapkan pemiliknya manakala PTJ lain yang terlibat sama itu dijadikan sebagai rakan kongsi.
- Projek Inovasi yang pernah menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK), Anugerah Inovasi Perkhidmatan (AIP), dibenarkan menyertai Festival Inovasi bagi tahun 2024.