KEMUDAHAN RAWATAN KEPAKARAN DI HOSPITAL SWASTA

KELAYAKAN

Kategori staf yang layak menerima Kemudahan Rawatan Kepakaran di Hospital Swasta

Staf dan Suami/Isteri Staf

Ibu/Bapa Staf yang berdaftar

Anak yang berkelayakan

(Kecuali Anak Tiri)

Balu

(selagi tidak berkahwin semula)

pesara

(skim pencen kwsp)

ahli lembaga pengarah & pasangan

(Semasa dalam tempoh pelantikan)

RAWATAN YANG DITANGGUNG

Jenis – jenis rawatan perubatan yang disediakan untuk staf berdasarkan kelayakan bagi Kemudahan Rawatan Kepakaran di Hospital Swasta.

rawatan bukan kecemasan yang dipertimbangkan

Bagi kes bukan kecemasan, perbelanjaan yang boleh dipertimbangkan tertakluk:

  • Keperluan rawatan kepakaran diperakukan oleh Pakar Perubatan Kerajaan
  • Pakar Perubatan Kerajaan mengesahkan rawatan yang diperlukan tidak dapat dibekalkan/disediakan oleh Hospital Kerajaan
rawatan kecemasan

Rawatan yang diperlukan serta merta dan tidak boleh dilengahkan bagi menyelamatkan nyawa pesakit yang disahkan oleh Pakar Perubatan Hospital Swasta yang merawatnya, dimana;

  • Hospital/klinik swasta berada paling hampir dengan tempat kejadian kecemasan; atau
  • Tiada hospital/klinik Kerajaan berhampiran dengan tempat kejadian kecemasan tersebut; dan
  • Kos yang ditanggung oleh Universiti adalah:
    a. Kos rawatan bagi tempoh kecemasan sehingga tempoh pesakit stabil dan boleh dipindahkan ke Hospital Kerajaan;
    b. Bayaran wad dan makanan akan ditanggung oleh Universiti sebanyak 80% daripada jumlah bayaran tersebut;
    c. Kos rawatan bagi tempoh kecemasan sehingga tempoh pesakit stabil dan boleh dipindahkan ke Hospital Kerajaan;
    d. Bayaran wad dan makanan akan ditanggung oleh Universiti sebanyak 80% daripada jumlah bayaran tersebut.
  • Rawatan susulan hendaklah dibuat di Hospital Kerajaan.
rawatan pakar yang disahkan

Rawatan pakar yang disahkan perlu dan pakar Perubatan Kerajaan memperakukan rawatan berkenaan tidak diperolehi di Hospital Kerajaan tertakluk kepada kelulusan Universiti. Kos yang ditanggung
oleh Universiti adalah:

a. Kos rawatan di hospital swasta;
b. Bayaran wad yang dicaj bersekali dengan makanan, kos yang akan ditanggung adalah sebanyak 80% daripada jumlah keseluruhan bayaran tersebut;
c. Rawatan kecemasan tertakluk kepada terma dan syarat

rawatan susulan yang disahkan

Rawatan susulan di Hospital Swasta boleh dipertimbangkan dengan syarat disahkan oleh Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan bahawa rawatan berkenaan tidak disediakan di Hospital Kerajaan.

RAWATAN YANG TIDAK DITANGGUNG

Jenis – jenis rawatan yang tidak tersenarai di dalam kategori jenis rawatan yang ditanggung.
20% caj rawatan

Bagi semua kes kecemasan, bukan kecemasan atau rawatan kepakaran di hospital swasta, kos berikut tidak ditanggung oleh Universiti:
a. 20% daripada caj wad mengikut kelayakan di Hospital Swasta samada dicaj secara berasingan atau tidak;
b. Bayaran wad yang melebihi kelayakan;
c. 20% daripada cas makanan sekiranya makanan dicaj berasingan daripada wad; dan
d. Bayaran lain yang diluar daripada komponen caj wad seperti bayaran makanan di luar daripada komponen caj wad yang biasa seperti makanan, telefon, dobi, caj katil kepada pengiring
dan sebagainya.

Rawatan yang tidak memenuhi syarat

Mana-mana rawatan kecemasan, bukan kecemasan atau rawatan kepakaran yang tidak memenuhi syarat di atas.