KEMUDAHAN RAWATAN DI KLINIK PANEL UNIVERSITI

KELAYAKAN

Kategori staf yang layak menerima Kemudahan Rawatan di Klinik Panel Universiti

Staf Lantikan Tetap

Suami/isteri Staf

Anak yang berkelayakan KECUALI ANAK TIRI

RAWATAN YANG DITANGGUNG

Jenis – jenis rawatan perubatan yang disediakan untuk staf berdasarkan kelayakan bagi Kemudahan Rawatan di Klinik Panel Universiti.

Rawatan pesakit luar dan kecemasan

Tanggungan perbelanjaan Universiti adalah terhad kepada kadar bayaran maksimum yang ditetapkan dalam jadual Kadar Bayaran Maksimum Perkhidmatan Klinik Panel. Rawatan biasa pesakit luar dan kecemasan terhad kepada harga maksimum yang ditetapkan seperti dalam Jadual A

Pemeriksaan Perubatan

Pemeriksaan perubatan staf termasuk imunisasi wajib, ujian darah, ujian air kencing dan X-ray dada boleh dibuat di klinik panel atas arahan Universiti bagi tujuan:

a. Melanjutkan pelajaran ke luar negara atau dalam negeri yang diluluskan oleh Universiti dengan syarat cuti belajar bergaji penuh dengan biasiswa dari Universiti;
b. Menghadiri kursus/latihan yang diluluskan oleh Universiti;
c. Pembaharuan kontrak jawatan yang diluluskan oleh Universiti;
d. Penawaran ke jawatan baharu di UTM

Nota : Kos yang ditanggung adalah tidak melebihi RM 80.00

Kemudahan Ambulan

Staf, tanggungan dan pekerja boleh mendapatkan kemudahan ambulan dalam keadaan kecemasan semasa berada di dalam kawasan Universiti.
Nota : Kemudahan ambulan ini hanya diberikan kepada kes kecemasan sahaja yang berlaku di dalam kawasan kampus dengan bayaran seperti dalam Jadual C.

Perkhidmatan Kesihatan Ibu Dan Kanak- Kanak

Pemeriksaan dan rawatan ante-natal dan post-natal:

a. Pemeriksaan fizikal ulangan;
b. Ujian klinikal asas air kencing dan darah;
c. Pemeriksaan ultra sound dua kali sepanjang tempoh satu kehamilan terhad kepada kadar bayaran maksimum yang ditetapkan dalam Jadual A;
d. Ubat termasuk vitamin dan mineral

kesihatan bayi dan kanak-kanak

a. Pemeriksaan berkala bayi dan kanak- kanak;
b. Imunisasi yang diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sepertimana di nyatakan dalam Jadual B

Nota : Universiti hanya menanggung imunisasi kanak-kanak sehingga mencapai umur 2 tahun sahaja.

Perkhidmatan Perancang Keluarga

Universiti akan menanggung kos rawatan perancang keluarga secara pil atau suntikan sahaja.

Ujian Darah dan Ujian Air Kencing

Universiti akan menaggung kos ujian berikut sahaja :

a. Ujian asas air kencing; atau
b. Ujian kandungan gula dalam darah;
c. Ujian darah dan ujian air kencing yang perlu untuk pemeriksaan perubatan atas arahan Universiti dan/atau
d. Ujian klinikal rutin darah dan air kencing semasa rawatan ulangan ante-natal

Pemeriksaan Electronic Cardio Graphy (ECG), Ultrasound dan X-ray

Universiti akan menanggung kos pemeriksaan ECG, Ultrasound dan X-ray bagi tujuan pemeriksaan perubatan dan merawat pesakit dalam kes kecemasan dan kemalangan.

Rawatan Penyakit Kronik
  • 2.8.1 Doktor panel boleh memberikan rawatan penyakit kronik yang dikenalpasti untuk kali pertama sahaja. Preskripsi untuk satu penyakit untuk sekali rawatan adalah terhad kepada kadar bayaran maksimum yang ditetapkan sepertimana dalam Jadual A.
  • Rawatan selanjutnya hendaklah dirujuk kepada Pusat Kesihatan Universiti atau Hospital Kerajaan
  • Bagi staf yang masih memilih untuk meneruskan rawatan di klinik panel, Universiti hanya akan menggung kos rawatan seperti harga yang akan ditetapkan untuk tempoh sebulan terhad kepada kadar bayaran maksimum yang ditetapkan sepertimana dalam Jadual A.
Rawatan di klinik Panel bukan pilihan (kes terpencil)

Rawatan di klinik Panel bukan pilihan atau klinik swasta yang bukan klinik panel UTM apabila Universiti mengesahkan :

  • Rawatan kecemasan yang mengancam nyawa terhad kepada kadar bayaran maksimum yang ditetapkan dalam Jadual A atau;
  • Staf menjalankan tugas rasmi (dengan surat arahan bertugas) di luar kawasan klinik panel pilihannya atau;
  • Rawatan di klinik panel bukan pilihan apabila klinik panel pilihan tutup atau tidak dapat memberikan perkhidmatan, dan staf telah mendahulukan bayaran rawatan. Tuntutan semula adalah terhad kepada kadar bayaran maksimum yang ditetapkan dalam Jadual A.
  • Tuntutan bayaran balik kos perkhidmatan boleh dibuat menggunakan borang permohonan Tuntutan Bayaran Rawatan di Klinik Bukan Panel/Hospital Kerajaan.
  • Rawatan klinik swasta di luar kawasan tidak ditanggung kecuali staf diarahkan bertugas rasmi di luar kawasan. Hanya rawatan untuk staf sahaja yang ditanggung oleh Universiti bagi kes ini.

RAWATAN YANG TIDAK DITANGGUNG

Jenis – jenis rawatan yang tidak tersenarai di dalam kategori jenis rawatan yang ditanggung.
Rundingan pakar

Rawatan / perundingan yang setaraf doktor pakar.

Rawatan Bersalin

Rawatan bersalin bagi staf/tanggungan.

Bius

Prosedur rawatan yang memerlukan bius selain dari bius setempat

RAWATAN PERUBATAN DAN PEMBEDAHAN RITUAL ATAU KOSMETIK

Rawatan perubatan dan pembedahan ritual atau kosmetik seperti berkhatan dan rawatan jerawat/estetik melainkan dalam keadaan di mana Pegawai Perubatan Universiti berpendapat rawatan itu diperlukan untuk mengurangkan risiko kepada pesakit.

Semua jenis imunisasi kecuali imunisasi yang diwajibkan
  • Semua jenis imunisasi KECUALI vaksin TETANUS (ATT) untuk rawatan luka dan imunisasi wajib bagi kanak-kanak dibawah dua (2) tahun.
  • Rawatan imunisasi sama ada untuk tujuan pelalian biasaataupun untuk keadaan wajib seperti keluar negeri dan imunisasi semasa wabak KECUALI atas arahan Universiti
suplemen tambahan

Sebarang vitamin, mineral dan diet tambahan KECUALI:

a. Untuk rawatan sepanjang tempoh ante- natal; atau
b. Untuk tempoh tidak melebihi tujuh (7) hari sebagai sebahagian dari rawatan penyakit.

Pap smear

Rawatan Pap Smear bagi staf/tanggungan sama ada rawatan pertama kali atau berkala.

perancang keluarga

Rawatan perancang keluarga selain dari pil dan suntikan adalah tiak ditanggung.

HAD KOS RAWATAN PESAKIT LUAR

Had kos rawatan pesakit luar (bagi rawatan di Klinik Panel dan PKU) adalah RM 1,500 setahun bagi setiap staf dan ahli keluarga.

Bagi staf dan ahli keluarga yang disahkan menghidapi penyakit kronik oleh Doktor Panel/Pegawai Perubatan, dikehendaki memohon tambahan had RM 1,500 setiap tahun. Namun begitu, ia masih tertakluk kepada had kos maksima seperti di Jadual A dan B.

PEMILIHAN KLINIK PANEL

Satu keluarga staf hanya dibenarkan untuk memilih dua (2) klinik panel UTM bagi kemudahan rawatan mereka. Klinik panel yang dipilih akan dikemaskini dalam sistem UTMHR.

Jika Staf/Pasangan adalah Staf UTM, pemilihan klinik panel perlu selaras dan hanya dua (2) klinik panel sahaja yang dibenarkan.

PERMOHONAN PERTUKARAN KLINIK PANEL

Proses pertukaran klinik panel pilihan staf boleh dibuat dengan mengisi Borang Pertukaran Klinik Panel:

  • Klinik panel pilihan yang belum cukup enam (6) bulan boleh ditukar berdasarkan alasan tertentu sahaja. Pertukaran hanya boleh dibuat di Bahagian Pengurusan Organisasi, Jabatan Pendaftar UTM.
  • Pertukaran klinik panel pilihan yang sudah melebihi enam (6) bulan boleh dibuat di pejabat Am (HCM) Fakulti/Jabatan/PTJ masing-masing.
(Visited 2,767 times, 5 visits today)
UTM Open Day