KEMUDAHAN PERUBATAN DI HOSPITAL KERAJAAN
KELAYAKAN
Kategori staf yang layak menerima Kemudahan Perubatan di Hospital Kerajaan
Staf dan Suami/Isteri Staf
Ibu/Bapa Staf yang berdaftar
Anak yang berkelayakan
Balu
pesara (skim pencen kwsp) & pasangan
ahli lembaga pengarah & pasangan
(Semasa dalam tempoh pelantikan)
RAWATAN YANG DITANGGUNG
Jenis – jenis rawatan perubatan yang disediakan untuk staf berdasarkan kelayakan bagi Kemudahan Perubatan di Hospital Kerajaan.
SEMUA RAWATAN PERUBATAN
Semua perkhidmatan rawatan di Hospital Kerajaan termasuk Computed Tomography Scan (CT Scan), Magnetic Resonance Imaging (MRI), Ultrasound (USG), Electrocardiogram (ECG).
Pembelian ubat
Pembelian ubat yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan yang tidak dapat dibekalkan oleh Hospital Kerajaan.
Kemudahan ALAT
Pembelian, penggantian dan/atau pembaikpulihan alat ortopedik dan anggota palsu yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan tetapi tidak dapat dibekalkan oleh Hospital Kerajaan.
UBAT & ALAT YANG TIDAK DIBEKALKAN
Rawatan dan pembelian ubat dan tidak boleh dibekalkan oleh Hospital Kerajaan. Semua jenis pembekalan/ pembelian/ penggantian/ pembaikpulihan alat seperti berikut:
a. Alat Ortopedik
b. Anggota Palsu (Rujuk Jadual 1)
c. Kerusi Roda (Rujuk Jadual 2)
d. Alat Bantuan Pendengaran
e. Alat Rawatan Jantung
f. Alat Bantu Pernafasan
g. Koklea Implant
h. Colostomy Bag
i. Urine Bagntraocular Lens
Dengan syarat diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan di mana rawatan, ubat dan alat tersebut tidak dapat dibekalkan oleh Hospital Kerajaan.
IMPLANT
Perbelanjaan bagi memasang Implant dalam tubuh bagi tujuan menyelamatkan nyawa dan/atau untuk keselesaan pesakit yang diperakukan oleh Pakar Perubatan Kerajaan.
RAWATAN BERSALIN
Rawatan bersalin terhad kepada 5 orang anak sepanjang perkhidmatan di sektor awam.
KEMUDAHAN KEPERLUAN PERUBATAN LAIN - LAIN
Perbelanjaan untuk pembekalan kerusi roda, alat bantuan pendengaran kecuali ibu bapa. Pembekalan alat rawatan jantung, alat bantu pernafasan, koklea implant, colostomy bag, urine bag dan intraocular lens kecuali ibu bapa.
Nota : Perakuan Pegawai Perubatan Kerajaan hendaklah diperolehi terlebih dahulu SEBELUM membuat pembelian. Kelulusan pembiayaan kos perubatan adalah tertakluk kepada Peraturan Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan seperti di Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009.
RAWATAN YANG TIDAK DITANGGUNG
Jenis – jenis rawatan yang tidak tersenarai di dalam kategori jenis rawatan yang ditanggung.
KEMUDAHAN ALAT BAGI IBU BAPA
Pembekalan semua jenis/kategori alat untuk ibu bapa
Rawatan PENCEGAHAN
Rawatan bagi tujuan pencegahan penyakit untuk ibu bapa.
RAWATAN KOSMETIK
Rawatan membuat crowning, implant, bridge, veneer, whitening, gigi palsu dan rawatan ortodontik bagi tujuan corrective measure yang merupakan rawatan kosmetik.
RAWATAN PERUBATAN DAN PEMBEDAHAN RITUAL ATAU KOSMETIK
Rawatan perubatan dan pembedahan ritual atau kosmetik seperti berkhatan dan rawatan jerawat/estetik melainkan dalam keadaan di mana Pegawai Perubatan Universiti berpendapat rawatan itu diperlukan untuk mengurangkan risiko kepada pesakit.
Rawatan perubatan dan pembedahan dengan tujuan ritual dan komestik seperti berkhatan dan rawatan jerawat.
PEMBELIAN ALAT BANTUAN
Kos pembelian alat bantuan kecacatan, alat ketidakupayaan anggota dan alat gantian anggota seperti tongkat ketiak, cermin mata dan gigi palsu.
PEMBELIAN ALAT PAKAI BUANG
Perbelanjaan untuk pembekalan alat pakai buang bagi semua yang berkelayakan.
suplemen tambahan
Perbelanjaan bagi pembekalan makanan atau makanan tambahan (food supplement) atau perubatan alternatif.
fpp
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh – Full Paying Patient (FPP)
rawatan diluar kawasan
Staf dan tanggungan yang disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan memerlukan rawatan di luar kawasan melebihi tiga puluh tiga (33)km boleh menuntut elaun kelayakannya, seolah-olah staf dalam perjalanan kerana urusan rasmi di luar kawasan. Kos yang ditanggung adalah mengikut kelayakannya seperti berikut;
a. Kos rawatan di Hospital Kerajaan;
b. Perbelanjaan bagi seorang pengiring dan diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan kecuali pesara;
c. Kos sara hidup untuk pesakit dan pengiring kecuali pesara. (Makan, pengangkutan/ perjalanan/perbatuan, penginapan)
d. Tuntutan Perjalanan sama ada Tambang Gantian atau Tambang Perbatuan mana yang lebih rendah.
Nota : Sebarang tuntutan perjalanan hendaklah dibuat di PTJ masing-masing. Kelayakan untuk staf sahaja.
SURAT PERMOHONAN CUTI BERSALIN
Bagi staf wanita yang telah bersalin dikehendaki mengemukakan surat Permohonan Cuti Bersalin kepada ketua jabatan/fakulti masing-masing. Surat berkenaan hendaklah disertakan bersama Surat Perakuan Bersalin yang telah disahkan pihak hospital bagi tujuan cuti bersalin antara enam puluh (60) hari hingga sembilan puluh (90) hari tertakluk kelulusan Ketua Jabatan. Tertakluk kepada jumlah 360 hari sepanjang berkhidmat.
SURAT JAMINAN PERUBATAN
Staf atau tanggungan yang ingin mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan atau rawatan pergigian di Klinik Pergigian Kerajaan; atau Lembaga Penduduk dan Perancangan Keluarga Negara (LPPKN) atau mana-mana pusat yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan dikehendaki mengemukakan surat Jaminan Perubatan.
Nota : Surat Jaminan Perubatan hendaklah dicetak dari sistem HRMIS
SURAT PERAKUAN BERSALIN BAGI STAF WANITA
Bagi pegawai wanita yang hendak bersalin sama ada di hospital kerajaan/swasta dikehendaki mengemukakan surat perakuan bersalin dari doktor hospital berkenaan. Surat berkenaan boleh didapati di jabatan/fakulti masing-masing.