Kursus Anjuran PTJ
Kursus anjuran Pusat Tanggungjawab (PTJ) merujuk kepada mana-mana latihan, kursus, bengkel atau seminar yang dianjurkan oleh PTJ dengan menggunakan peruntukan bajet Universiti. Bagi melaksanakan program tersebut, PTJ hendaklah mengemukakan permohonan rasmi dengan melengkapkan Kertas Kerja Permohonan Peruntukan Pelaksanaan Kursus/Bengkel/Seminar dan menghantarkannya kepada Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan (CTLD) untuk semakan dan kelulusan lanjut.
Kursus Anjuran Luar
Bagi menghadiri mana-mana latihan/ kursus anjuran luar dengan menggunakan bajet Universiti, pemohonan hendaklah mengemukakan permohonan dengan melengkapkan Borang Permohonan Menghadiri Latihan/ Kursus Anjuran Luar.
Program Berasaskan ISES
Dalam menggerakkan UTM ke arah yang lebih tinggi, pembudayaan organisasi hendaklah dititikberatkan di segenap peringkat. Nilai teras UTM perlu dipegang utuh oleh semua staf dan juga pelajar. Nilai teras ini telah mula diperkenalkan pada tahun 2018 oleh Naib Canselor UTM ke-enam iaitu Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Bin Omar
CBT & CPD
CPD atau Continuous Professional Development adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan penglibatan staf dalam proses pembelajaran untuk tujuan pembangunan professional serta peningkatan kompetensi.
Info CPD
Penetapan keperluan mata CPD dan penetapan kompetensi bagi staf PPP dan Akademik UTM yang terkini mengikut gred jawatan SSM/ SSPA.
UTMSmile V2
Tujuan utama sistem UTMSmileV2 dibangunkan adalah untuk merekodkan pendaftaran program yang dilaksanakan samada diperingkat Universiti atau Jabatan/ Fakulti/ PTJ. Kepentingan mendaftarkan program yang dijalankan di dalam sistem adalah untuk memastikan mata CPD direkodkan.
Kalendar Latihan
Kalendar Latihan 2025 menawarkan sebanyak 200 kursus pelbagai bidang untuk semua staf UTM. Kursus-kursus ini dibuat bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam pelbagai aspek pengurusan, teknikal, kepimpinan, dan pembangunan peribadi. Semua kursus ini akan dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan sepanjang tahun 2025.
Program Wajib Perkhidmatan (PWP)
Merupakan program yang wajib dihadiri oleh semua staf baru lantikan UTM bagi tujuan pengesahan jawatan. Senarai program adalah seperti, Program Transformasi Minda (PTM), SKAA, CEC dan KKPK
Upskilling/ Reskilling
Merujuk kepada program atau inisiatif yang bertujuan untuk membantu individu meningkatkan kemahiran atau mempelajari kemahiran baru yang relevan dengan keperluan industri atau perubahan dalam dunia pekerjaan.
Strategik Universiti
Aktiviti perolehan atau perkembangan kemahiran atau pengetahuan bagi menyokong objektif strategik Universiti. Aktiviti ini dilaksanakan melalui pelbagai program Universiti seperti Sesi Perhimpunan Bulanan Naib Canselor,
Fungsian
Ditentukan oleh tugas dan tanggungjawab hakiki dalam pekerjaan (pentadbiran, teknikal, akademik)
Kepimpinan
Kemahiran ini memfokus kepada keupayaan dalam memimpin, merancang dan membuat halatuju yang bersesuaian mengikut misi dan visi organisasi.
Teras
Kompetensi teras merujuk kepada kemahiran, keupayaan, keperibadian dan perwatakan yang menyumbang kepada pembangunan diri dan potensi pegawai.
Generik
Pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dapat diterapkan seseorang dalam pelbagai bidang atau dalam konteks yang sama dan merentas disiplin.
Senarai Kursus 2025
Program Latihan
Selamat Berkursus
“Latihan bukan untuk mencapai kesempurnaan, tetapi untuk mendekati potensi terbaik yang kita miliki.”
-naat-
Alamat
Seksyen Latihan, Pusat Pembangunan Bakat & Kepimpinan Jabatan Pendaftar, UTM, Johor Bahru
ctld@utm.my