Selamat Datang ke Laman Web Rasmi CTLD

Selamat Datang ke Pusat Pembangunan Bakat & Kepimpinan (CTLD) Universiti Teknologi Malaysia

Selari dengan tekad kami, “Memperkasa Bakat, Menginspirasi Kepimpinan, Memacu Dedikasi”, Pusat Pembangunan Bakat & Kepimpinan (CTLD) merupakan nadi utama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam mengurus dan memperkasa kompetensi warga universiti.

Kami percaya bahawa pembangunan bakat berasaskan kompetensi adalah kunci kepada kecemerlangan organisasi. Di CTLD, setiap usaha penambahbaikan kemahiran dan kebolehan staf dipupuk sebagai satu budaya pembelajaran sepanjang hayat.

Melalui pelbagai penawaran latihan berasaskan kompetensi termasuklah program Kompetensi Kepimpinan, Kompetensi Teras dan Generik, Kompetensi Fungsian dan Latihan Profesional. Kami beriltizam melahirkan bakat yang bukan sahaja cemerlang, beradab dan berintegriti, malah sangat kompeten untuk mendepani cabaran semasa dan masa hadapan.

Peranan kami sebagai pemacu utama dalam membangunkan staf yang kompeten, berprestasi tinggi dan berdaya saing selaras dengan keperluan strategik organisasi kini dan masa hadapan. Pusat ini menumpukan kepada peningkatan kompetensi secara berterusan melalui inisiatif latihan, upskilling dan reskilling bagi memastikan staf sentiasa relevan, adaptif serta mampu menyokong kelestarian dan kecemerlangan organisasi.

Selain itu, pusat ini turut menyediakan hala tuju pembangunan kerjaya yang jelas dan progresif, memperkukuh mekanisme penilaian bakat serta pelan penggantian yang berkesan. Dalam masa yang sama, penekanan terhadap pembudayaan nilai dan etika kerja yang tinggi terus diperkasa bagi melahirkan bakat holistik yang bukan sahaja cemerlang dari segi prestasi, malah berintegriti dan berakhlak.

Terokai pelbagai inisiatif, kalendar latihan, dan panduan pembangunan bakat melalui portal rasmi kami.

Kalendar Latihan

Kalendar Latihan Tahun 2026

I

Latihan Profesional

Info CPD

Roadshow CPD Baharu

High Impact Program

Garis Panduan CPD

Pecahan Kalendar Latihan 2026

Program Wajib Perkhidmatan

Strategik Universiti

Kompetensi Teras

Kompetensi Kepimpinan

Kompetensi Fungsian (Akademik)

Generik Pentadbiran

Generik Akademik

Kompetensi Fungsian (PPP)

Jumlah Keseluruhan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Pembangunan Bakat & Kepimpinan (CTLD), Universiti Teknologi Malaysia.

Bagi pihak seluruh warga CTLD, saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas sokongan dan perhatian anda terhadap pelbagai program pembangunan bakat yang kami tawarkan. Membawa semangat “Memperkasa Bakat, Menginspirasi Kepimpinan, Memacu Dedikasi” CTLD terus mengorak langkah sebagai tunjang utama dalam membentuk barisan staf yang berwibawa di UTM.

Fokus utama kami di CTLD adalah ke arah pembangunan bakat berasaskan kompetensi. Kami percaya bahawa setiap ruang untuk mempertingkat kemahiran dan kebolehan warga kerja perlulah dijiwai sebagai satu proses pembelajaran sepanjang hayat. Inisiatif berterusan ini sangat kritikal bagi memastikan kita dapat melahirkan staf dan pemimpin yang bukan sahaja sarat dengan potensi, tetapi juga diiktiraf kompeten dalam menelusuri cabaran dunia hari ini dan hari esok.

Selari dengan keperluan semasa, pihak kami juga sedang giat berusaha untuk menyediakan platform pembelajaran yang lebih inovatif, memastikan perkhidmatan yang efisien, serta mengoptimumkan pengurusan maklumat staf. Langkah ini mencerminkan komitmen penuh CTLD dalam mendokong dan menjayakan agenda pembangunan bakat berasaskan kompetensi peringkat nasional.

Saya berharap agar portal ini dapat dijadikan platform rujukan utama oleh warga UTM untuk merancang dan merealisasikan trajektori pembangunan kerjaya masing-masing. Bersama-sama kita perkasa potensi, demi kelangsungan kecemerlangan universiti.

Sekian, terima kasih.

ENCIK JAFFREY BIN SAMSUL BAHRIN

Timbalan Pendaftar Kanan, Pusat Pembangunan Bakat & Kepimpinan , Jabatan Pendaftar, Universiti Teknologi Malaysia

Hubungi Kami

Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan (CTLD),
Jabatan Pendaftar
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 UTM Johor Bahru,
Johor, Malaysia

Tel : 07-5533333
Facebook : https://www.facebook.com/ctldofficial
Email : ctld@utm.my

 

Waktu Operasi

Waktu operasi:
Isnin – Khamis : 8:00 pagi – 5:00 petang (Rehat 1.00 petang – 2.00 petang)
Jumaat          : 8:00 pagi – 5.00 petang (Rehat 12.15 tengah hari – 2.45 petang)

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup

 

Visited 5,386 times, 12 visit(s) today
UTM Open Day