LATIHAN IKHTISAS

Latihan Ikhtisas adalah latihan yang diluluskan kepada staf yang berkelayakan untuk mendapatkan pengalaman praktik di industri/agensi/badan kerajaan/badan berkanun/swasta/badan bukan (NGO) yang berkaitan dengan bidang kepakaran staf atau apa-apa bidang yang ditetapkan oleh Universiti yang diikuti sama ada di dalam negara (termasuk UTM) atau luar negara secara terancang dan diselia oleh staf yang dipertanggungjawabkan.

1. Bidang yang mempunyai Badan Kelayakan Profesional

  • Aktiviti lapangan dan reka bentuk sekurang-kurangnya 6 bulan
  • Bukti Pendaftaran Sijil Kelayakan Profesional / Sijil Kelayakan Profesional
  • Laporan Akhir Latihan Ikhtisas

2. Bidang yang tidak mempunyai Badan Kelayakan Profesional

  • Aktiviti lapangan dan reka bentuk sekurang-kurangnya 6 bulan
  • Laporan Akhir Latihan Ikhtisas