UNIT KAUNSELING STAF
Etika Kerahsiaan
Perkhidmatan kaunseling & psikologi amat mementingkan aspek kerahsiaan. Ini bermakna segala rekod dan urusan surat-menyurat yang berkaitan dengan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah rahsia dan SULIT mengikut Peraturan-Peraturan Kaunselor (Kelakuan Dan Tatatertib) 1999 dan Akta Kaunselor 1998 serta berdasarkan limitasi yang telah ditetapkan.
Perkhidmatan
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN DI UNIT KAUNSELING (STAF UTM)
1. INTERVENSI & KAUNSELING
Intervensi adalah langkah-langkah yang diambil dalam mewujudkan perubahan yang positif kepada staf seperti aktiviti kaunseling, pembimbing rakan sekerja dan mentoring. Secara ringkasnya, Intervensi dan Kaunseling adalah suatu proses mengenalpasti masalah klien, membantu dan membuka pemikiran klien dalam mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi. Psikologi dari segi intervensi merangkumi aktiviti membantu pegawai/staf menguruskan isu atau masalah dengan lebih berkesan menerusi :
a) Program Pengupayaan Kendiri
Program yang dilaksanakan untuk membantu meningkatkan kecemerlangan diri staf termasuk mereka yang berprestasi rendah dan bermasalah.
Borang A
1. Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LPPT/LNPT) 10. Rekod Cuti/Sijil Cuti Sakit
2. Kesalahan Tatatertib 11. Aduan Pelanggan/Rakan Sekerja
3. Maklumat Lantikan 12. Keberhutangan Yang Serius
4. Maklumat Persaraan 13. Enggan Mengisi Borang LPPT/LNPT
5. Kenaikan Pangkat 14. Kesihatan
6. Anugerah Khidmat Cemerlang 15. Peribadi
7. Laporan Ujian Psikometrik 16. Prestasi Kerja
8. Maklumat Kehadiran 17. Psikopatik
9. Penilaian Ketua Jabatan
b) Kaunseling
Proses perhubungan menolong secara sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh berlandaskan etika kaunseling.
1. Kaunseling Individu (Rujukan/Sukarela) Borang A1
2. Kaunseling Kelompok (Rujukan/Sukarela) Borang A2
3. Kaunseling Keluarga Borang A1
C) Rundingcara
Proses menolong dalam pertemuan yang melibatkan perhubungan dua hala di antara pegawai rundingcara dengan individu yang memerlukan bimbingan dan jalan penyelesaian. Borang A3
2. PEMBANGUNAN PERSONEL
Aplikasi psikologi dalam pembangunan personel merangkumi aktiviti peningkatan motivasi dan kepuasan kerja menerusi program-program seperti ceramah, kursus, seminar dan lain-lain. Di antara program yang dimaksudkan ialah :
a) Keluarga dan Kerjaya g) Memperkasa Potensi Diri
b) Pengurusan Pendapatan h) Pemantapan Kerjaya
c) Pembangunan Personaliti i) Pra Persaraan
d) Integriti dan nilai-nilai murni j) Kursus Komunikasi Berkesan
e) Budaya Kerja Cemerlang k) Kursus Asas Kaunseling
f) Menangani Gangguan Seksual l) Pengurusan Stres
*Setiap permohonan ceramah, kursus, atau seminar yang berkaitan psikologi dan kaunseling adalah melalui Timbalan Pendaftar Kanan BSM.
3. PENILAIAN PERSONEL
Aplikasi psikologi dalam penilaian personel merangkumi aktiviti membantu staf memahami minat, personaliti, emosi, sikap dan pencapaian dengan menggunakan alat ujian psikologi.
Ujian Psikologi (Sukarela/Rujukan) Borang H1
Bentuk ujian yang telah dipiawaikan (ujian, inventori dan skala) untuk mengukur kecerdasan, kebolehan mental secara umum dan spesifik, kebolehan dalaman, nilai, minat, personaliti, motivasi dan bidang-bidang psikologi lain yang telah dibangunkan serta mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan.
CARA PERMOHONAN PERKHIDMATAN
Setiap permohonan perlu mengisi borang yang telah dinyatakan.
1. Permohonan sukarela boleh dihantar terus ke Unit Kaunseling.
2. Permohonan bagi rujukan staf perlulah dihantar ke Unit Kaunseling melalui Ketua Jabatan atau PTJ masing-masing kepada Timbalan Pendaftar Kanan,Bahagian Sumber Manusia (BSM), Pejabat Pendaftar.
3. Setiap permohonan perlulah menggunakan sampul SULIT.
Pelanggan Kami
1) | Semua STAF UTM (termasuk keluarga jika perlu) | ||||||
2) | Individu yang tidak bermasalah (rundingcara/ perkembangan diri) | ||||||
3) | Individu yang mempunyai isu / masalah (kaunseling) | ||||||
4) | Individu yang sukarela | ||||||
5) | Individu yang dirujuk |