+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

FAQs 

Apakah itu kaunseling?

Kaunseling merupakan satu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang menyeluruh untuk sepanjang hayat berlandaskan etika.

Siapakah kaunselor?

Kaunselor merupakan individu yang mempunyai latihan, kepakaran, pentauliahan, pengetahuan dalam kaunseling dan pengalaman dalam proses membantu individu yang mempunyai latar belakang yang berbeza dan isu-isu yang pelbagai.

Bilakah waktu operasi Unit Kaunseling Staf?

Waktu operasi Unit Kaunseling Staf adalah mengikut waktu bekerja. Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

Di manakah terletaknya Unit Kaunseling Staf?

Unit Kaunseling Staf beroperasi di Pejabat Pendaftar. Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

Siapakah yang boleh mendapatkan perkhidmatan di Unit Kaunseling Staf ini?

Perkhidmatan di Unit Kaunseling Staf adalah terbuka kepada semua Staf UTM. Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

Berapakah bayaran yang dikenakan setiap kali menghadiri sesi kaunseling di Unit Kaunseling Staf?

Perkhidmatan sesi kaunseling yang disediakan di Unit Kaunseling Staf adalah secara PERCUMA

Bagaimana cara untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling di Unit Kaunseling Staf?

Sila buat temujanji terlebih dahulu dengan menghubungi Unit Kaunseling Staf untuk mendapatkan waktu temujanji dan tidak bertindan dengan klien lain. Sila hubungi Unit Kaunseling Staf untuk mendapatkan tarikh temujanji anda. Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

Apakah isu atau masalah yang boleh saya kongsikan di dalam sesi kaunseling?

Pelbagai isu dan permasalahan boleh dikongsi dan dibantu melalui kaunseling. Contoh: peribadi, perkahwinan, keluarga dan kerjaya.

Jika saya mempunyai isu/ masalah, bilakah waktu yang sesuai bagi saya mendapatkan khidmat kaunseling?

Anda boleh berjumpa dengan kaunselor jika anda merasakan perlu berkongsi dengan seseorang tentang isu/ permasalahan berkenaan dan tidak perlu menunggu sehingga perkara tersebut serius. Jika permasalahan masih kecil, ia akan memudahkan proses penyelesaian permasalahan tersebut.

Adakah maklumat yang saya berikan sewaktu sesi kaunseling selamat?

Segala isu atau permasalahan yang dikongsikan di dalam sesi kaunseling adalah RAHSIA & SULIT mengikut Akta Kaunselor 1998 berdasarkan syarat – syarat tertentu sahaja.

Adakah setiap isu/ permasalahan yang saya kongsikan dalam sesi kaunseling akan direkodkan dalam buku perkhidmatan?

Segala perbincangan di dalam sesi kaunseling tidak akan direkod di dalam Buku Rekod Perkhidmatan tetapi hanya akan direkod di dalam rekod kaunseling dan ianya hanyalah untuk kegunaan dan rujukan kaunselor berkenaan sahaja.