+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

INTERVENSI & KAUNSELING

 

Kaunseling merupakan satu proses membina perhubungan dan interaksi di antara kaunselor dan klien bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh serta dikendalikan oleh kaunselor professional dan terlatih berdasarkan etika-etika kaunseling.

Kaunseling Individu merupakan proses kaunseling yang hanya melibatkan KAUNSELOR  dan KLIEN tanpa intervensi (pencelaan) dari mana-mana pihak. Di antara isu yang sering dibawa di dalam sesi kaunseling individu ialah isu peribadi, kerjaya dan juga peningkatan diri.

Bagi mendapatkan perkhidmatan Kaunseling Individu, Sila gunakan Borang BORANG A1 bagi Permohonan Temujanji atau Rujukan Kaunseling Individu.

                                                                         Image result for counselling icon

Kaunseling Kelompok/ Kumpulan ialah kaunseling yang melibatkan 2-8 orang ahli yang mempunyai keseragaman dalam minat, kepentingan dan maklumat. Ia meliputi kaunseling yang berkaitan dengan isu organisasi, kerjaya, peningkatan kemahiran, pegawai bermasalah, kepimpinan, psiko-sosial, seksual dan sebagainya.

Bagi mendapatkan perkhidmatan Kaunseling Kelompok/ Kumpulan, Sila gunakan BORANG A2 bagi Permohonan Temujanji atau Rujukan Kaunseling Kelompok/ Kumpulan.

                                                                        Image result for counselling icon

Kaunseling Keluarga/ Pasangan / Perkahwinan merupakan sesi kaunseling yang melibatkan individu dan pasangan serta ahli keluarga. Pelbagai isu yang akan dibincangkan melalui sesi kaunseling ini meliputi isu- isu peningkatan kemahiran berkeluarga, keibubapaan, permasalahan kekeluargaan, perkahwinan dan juga seksual. 

Bagi mendapatkan perkhidmatan Kaunseling Keluarga/ Pasangan atau  Perkahwinan, Sila gunakan BORANG A1 bagi Permohonan Temujanji. 

                                     Related image