Kawasan Akademik adalah Kawasan Larangan bagi semua kenderaan pelajar pada waktu pejabat ( Ahad – Khamis ) (07:30 – 17:30) meliputi Kawasan Bagunan Pentadbiran dan bagunan-bagunan Fakulti yang berada di dalam Lingkaran Ilmu
Category Archives: FAQ BKESELAMATAN
Adakah tahun satu boleh membawa kenderaan dalam kampus?
Tidak boleh, merujuk pekelilng Pelajar tahun 1 tidak di benarkan membawa kenderaan ke dalam kampus sekiranya di dapati ingkar Bahagian keselamatan akan mengeluarkan saman di bawah akta AUKU.
Seorang mahasiswa/i harus masuk ke Kampus selewat2nya jam berapa?
Mahasiswa/i seharusnya masuk balik ke Kampus selewat-lewatnya sebelum jam 12.00 tengah malam bagi mengelakan nama anda dari scan dan di rekod dalam Sistem Pulang lewat
Sekiranya saya ternampak seseorang yang mencurigakan di sekitar blok, apa perlu saya lakukan ?
Anda perlu menghubungi Segera Bahagian Keselamatan di talian 07-5530014 @ 07-5530002 Pastikan anda memberikan maklumat yang lengkap seperti berapa ramai, nayatakan ciri-ciri pakaian Suspek, kenal pasti kenderaan yang di gunakan dan catit no.pendaftran kenderaan tersebut, dan pastikan camkan muka untuk kenal pasti suspek sehingga bantuan dari Bhg. Keselamatan tiba untuk mengambil tindakan selanjutnya.
Dompet saya tercicir/ hilang / di curi apa patut saya lakukan?
Anda perlu membuat aduan di Bahagian Keselamatan untuk membuat report dan seterusnya anda di nasihatkan agar membuat report di Balai Polis berhampiran. (Pastikan anda hubungi Pihak Bank segera untuk OFF kan sebarang pengeluaran Wang tunai dari akaun anda.
Bagaimana cara untuk memohon kelulusan menggantung kain rentang?
Kelulusan menggantung kain rentang dikeluarkan oleh Pejabat Hal Ehwal Korporat. Permohonan rasmi hendaklah dikemukakan ke Pejabat Hal Ehwal Korporat. Bagi mahasiswa, permohonan hendaklah dikepilkan bersama dengan surat kelulusan program daripada Pejabat Hal Ehwal Pelajar.
Apakah kesannya jika saya tidak membayar saman?
Jika mahasiswa tidak menjelaskan saman yang telah dikeluarkan, nama akan dimasukkan dalam senarai mahasiswa berhutang. Ianya akan menjejaskan urusan pendaftaran matapelajaran dan juga konvokesyen.
Bolehkan saya membuat rayuan saman?
Ya, anda perlu mengemukakan permohonan rasmi kepada Pengarah Keselamatan dalam masa 7 hari dari tarikh saman dikeluarkan.