Mesyuarat – Mesyuarat

Mesyuarat Jawatankuasa Latihan Ikhtisas Dan Kelayakan Profesional

Terma Rujukan

  1. Membantu PPBK merancang dan melaksanakan aktiviti bagi mencapai Key Amal Indicator (KAI) tahunan yang berkaitan dengan latihan ikhtisas dan kelayakan profesional staf akademik.
  2. Membantu PPBK dan PTJ dalam menyelaras mentor diperingkat PTJ dan membuat perancangan serta penilaian program latihan ikhtisas staf akademik. Ini termasuk memastikan persediaan staf dan tempat latihan ikhtisas yang sesuai dengan peraturan latihan ikhtisas yang telah ditetapkan oleh universiti.
  3. Membantu PPBK untuk membuat cadangan penambahbaikan berkaitan pelaksanaan keberkesanan program latihan ikhtisas di UTM.
  4. Membantu PPBK membuat cadangan kursus mandatori badan profesional dan bengkel pembangunan kelayakan profesional berimpak tinggi mengikut bidang disiplin.

Mesyuarat Panel Latihan Pembangunan dan Pecah Kontrak

Terma Rujukan

  1. Menggubal dan menyemak secara berkala Dasar, Peraturan dan Garis Panduan program latihan dan pembangunan kompetensi staf untuk diperakukan dan diluluskan oleh Universiti.
  2. Bekerjasama dengan Dekan Fakulti/RA dalam menyediakan perancangan latihan dan pembangunan kompetensi staf serta menimbang dan meluluskan permohonan staf untuk mengikuti latihan berdasarkan perancangan serta keperluan semasa Universiti.
  3. Bekerjasama dengan Dekan Fakulti/RA dalam memantau dan memperakukan prestasi staf yang mengikuti latihan dan menggunakan kaedah dan pendekatan yang ditetapkan oleh Universiti.
  4. Membantu Universiti menangani kes atau keadaan staf yang menghadapi masalah semasa mengikuti latihan.
  5. Mengambil tindakan atau mencadangkan tindakan yang bersesuaian (mengikut kes) untuk diambil oleh Universiti ke atas staf yang melanggar perjanjian berkaitan latihan.
  6. Memastikan semua proses tuntutan pecah kontrak adalah mematuhi peraturan/ garis panduan Universiti serta mencadangkan kepada Universiti kaedah terbaik bagi memastikan semua tuntutan pecah kontrak mengikut peraturan Universiti dan pada masa yang sama adil kepada semua pihak.
  7. Memastikan proses pelupusan hutang-hutang lapuk pecah kontrak yang tidak dapat dituntut, berdasarkan Seksyen 6(2) Akta Had Masa 1953 di mana sesuatu tindakan tidak boleh dibawa dengan apa-apa perkara yang berbangkit.
  8. Meneliti, menimbangtara serta membuat keputusan berkaitan rayuan bayaran daripada pemecah kontrak, dan mencadangkan kepada Universiti dengan mendapatkan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti.
  9. Memastikan dokumen dan polisi/ prosedur berkaitan latihan adalah mematuhi peraturan bagi mengelakkan sebarang tindakan Undang-Undang ke atas Universiti

Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Bakat & Pelan Penggantian

Terma Rujukan

    1. Mengesahkan markah penilaian prestasi tahunan staf UTM
    2. Memutuskan markah prestasi staf sekiranya terdapat keraguan dan alasan yang kukuh.
    3. Memberi perhatian yang teliti dan pertimbangan yang mendalam kepada pegawai dinilai yang mendapat markah prestasi rendah untuk memastikan penilaian dibuat dengan betul dan teratur tanpa sebarang unsur penganiayaan.
    4. Mengesyor atau menentukan penempatan dan pembangunan kerjaya sesuai dengan potensi, kebolehan, keistimewaan serta kemajuan staf.
    5. Menentukan kelayakan atau kesesuaian untuk pergerakan gaji, pingat, bintang, kebesaran dan surat penghargaan;
    6. Mengesah dan meluluskan pemilihan anugerah-anugerah kecemerlangan staf;
    7. Mengenal pasti dan merancang keperluan latihan;
    8. Memperakukan cadangan baharu dan penambahbaikan Polisi, Prosedur dan Garis Panduan berkaitan pembangunan bakat dan pelan penggantian UTM untuk kelulusan oleh Universiti;
    9. Mengesah dan memantau kemajuan bagi program latihan jangka sederhana dan panjang;
    10. Mengesah dan memantau kemajuan bagi program pembangunan kepimpinan ;
    11. Mengesah dan memperakukan calon penggantian (successor) bagiĀ  jawatan strategik untuk kelulusan oleh Universiti.