Latihan Pasca Kedoktoran merupakan latihan pembangunan yang diluluskan kepada staf yang berkelayakan untuk menjalankan penyelidikan secara sepenuh masa bagi menambahkan pengalaman dan pengetahuan yang terbaharu dalam bidang kepakaran, menghasilkan penerbitan bahan ilmiah dan membina jaringan penyelidikan.

PECAHAN MARKAH LATIHAN PASCA KEDOKTORAN :

Laporan Pasca Kedoktoran – 10% Markah
Penilaian dari Penyelia / Mentor (Berdasarkan Part B – Yearly Performance/Final Evaluation (To Be Completed by Supervisor) – 50% Markah
Pencapaian KPI/Output Akhir (rujuk Lampiran A1) – 40% Markah

Berikut merupakan pecahan markah KPI (40%)

 

  1. Menerbitkan Bab Dalam Buku (Book Chapter) – 10 Markah
  2. Menerbitkan Kertas Persidangan Berindek (Indexed Conference Paper) – 10 Markah
  3. Menerbitkan Kertas Jurnal Berindek Kuartil 3/4 (WOS Q3/Q4) – 20 Markah
  4. Menerbitkan Kertas Jurnal Berindek Kuartil 1/2 (WOS Q1/Q2) – 30 Markah
  5. Pemfailan Paten (Patent Filed) – 20 Markah
  6. Pendaftaran Hakcipta (Copyright) – 5 Markah
  7. Menjalankan Aktiviti Jaringan Penjenamaan (Co-Branding / Networking Activity) – 5 Markah