Program Awareness Pementoran & AKRAB di Kalangan Sumber Manusia

Program Awareness Pementoran dan AKRAB di Kalangan Sumber Manusia telah dijalankan pada 16 Jun 2015 di Dewan Al-Razi, FBME, UTMJB. Program ini merupakan satu program pendedahan awal berkenaan kepentingan program Pementoran dan AKRAB di kalangan staf bagi melahirkan modal insan yang berkemahiran dan cekap dalam aspek profesional, budaya, dan sosial serta berkeperibadian tinggi. Ceramah bagi program ini disampaikan oleh Encik Mohamad Fauzi bin Saad, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Kluster Perancangan dan Pembangunan Dasar, Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam.

AWARENESS (2)AWARENESS (1)