+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Penilaian @ Ujian Psikologi

 Penilaian atau Ujian Psikologi merupakan pentaksiran terhadap ilmu yang mengkaji jiwa atau fikiran manusia dan kelakuan manusia.   Aplikasi psikologi dalam penilaian personel merangkumi aktiviti membantu individu memahami minat, personaliti, emosi, sikap dan   pencapaian dengan menggunakan alat ujian psikologi.

Ujian Psikologi diukur dengan menggunakan alat – alat ujian psikologi yang berbentuk ujian, inventori, indikator dan indeks.

Di antara jenis Ujian yang ditawarkan di Unit Kaunseling Staf ialah:

1. UJIAN BERKAITAN TEKANAN (STRESS)

    Ujian berkaitan tekanan ini adalah untuk membantu individu dalam mengenalpasti tahap tekanan yang dialami dalam tempoh – tempoh tertentu. Di antara Ujian Psikologi (inventori) yang boleh digunakan dalam mengukur tahap tekanan ialah: 

                1. DEPRESSION ANXIETY & STRESS SCALE (DASS)

                2. UJIAN PERSONALITI STRESS (PERSONALITI A @ B)

2. UJIAN BERKAITAN PERSONALITI

     Ujian berkaitan PERSONALITI ini disediakan adalah untuk membantu individu dalam mengenali dan memahami tentang diri sendiri dengan lebih mendalam. Berikut adalah di antara Ujian Psikologi (Inventori) yang berkaitan dengan PERSONALITI. 

               1. INVENTORI PERSONALITI WARNA (IPW)

3. UJIAN BERKAITAN HUBUNGAN

     Ujian berkaitan PERHUBUNGAN ini disediakan adalah untuk membantu individu dalam mengenali dan memahami tentang diri sendiri dan perhubungan dengan lebih mendalam. Berikut adalah di antara Ujian Psikologi (Inventori) yang berkaitan dengan PERHUBUNGAN.

              1. INVENTORI GAYA BERCINTA (IGB)

              2. FAMILY ADAPTABILITY AND COHESION EVALUATION SCALES III (FACES III)

                                                                          —-SELAMAT MENJAWAB—-

                                                                                Image result for smiley icon

Bagi mendapatkan Ujian Penilaian @ Ujian Psikologi secara Sukarela/ Rujukan, sila gunakan borang yang telah disediakan bagi membuat temujanji atau Hubungi Kaunselor Anda bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenai ujian – ujian yang terdapat di Unit Kaunseling Staf.