+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

PEMBANGUNAN

 

Satu proses yang berterusan, tersusun, terancang dan sentiasa berkembang sejajar dengan kehendak, keperluan dan matlamat bersama untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah diputuskan dan dalam masa yang sama membawa perubahan kepada kelompok sasaran. Pengurusan pembangunan yang berkesan akan melahirkan kecemerlangan dan kemanfaatan kepada manusia, masyarakat dan organisasi.Program pembangunan personel merupakan aktiviti peningkatan motivasi & kepuasan kerja menerusi program-program seperti ceramah, kursus, seminar dan lain – lain.

Jenis-Jenis Program Pembangunan

a) Keluarga dan Kerjaya

     Program ini membantu ibubapa menyiapkan diri serta mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran ke arah melahirkan keluarga yang                               berilmu,hidup  dalam suasana mesra,berkasih sayang dan harmoni. Ibubapa berpeluang untuk mempelajari teknik-teknik mengimbangi tanggngjawab         terhadap keluarga dan kerjaya serta memperolehi pengetahuan dan kelahiran keibubapaan.

b) Pengurusan Pendapatan

     Matlamatnya ialah untuk membangunkan pengetahuan yang lebih mendalam mengenai teknik pengurusan kewangan dan memberi maklumat kepada         klien dalam membuat keputusan berdasarkan maklumat mengenai perancangan kewangan, pelaburan dan lain-lain.

c) Pembangunan Personaliti

    Merupakan pendidikan formal, pengalaman kerja, perhubungan dan penilaian personaliti dan kebolehan yang dapat membantu para pekerja                          berprestasi dengan lebih berkesan dalam pekerjaan semasa dan akan datang.

d) Integriti dan nilai-nilai murni

     Melahirkan individu yang jujur, benar, amanah, adil, bertanggungjawab, telus, cekap dan bijaksana.

e) Budaya Kerja Cemerlang

     Memupuk rasa keseronokan bekerja serta meningkat daya kreativiti dalam melaksanakan tugasan.

f) Menangani Gangguan Seksual

    Memberi maklumat tentang cara-cara yang perlu dilakukan apabila berhadapan dengan gangguan seksual. Di samping memberi informasi dan                      kemahiran bagi mencegah dan membuat tindakan susulan apabila menghadapi situasi tersebut di tempat kerja.

g) Memperkasa Potensi Diri

    Membantu individu mengenal pasti potensi diri sebagai persediaan menghadapi tugasan yang mencabar.

h) Pemantapan Kerjaya

     Memberi pendedahan dan pengetahuan tentang bidang tugas setiap pekerja dalam mencapai objektif dan matlamat organisasi. Selain itu, kursus ini             dapat mempertingkatkan kebolehan dan kemahiran di kalangan pekerja.

i) Pra Persaraan

    Meningkatkan tahap persediaan bakal pesara dari segi psikologi dan mental serta menyediakan jaringan hubungan di kalangan peserta.

j) Kursus Komunikasi Berkesan

    Meningkatkan penguasaan dalam berkomunikasi dengan berkesan antara pekerja dan pelanggan dikalangan kakitangan.

k) Kursus Asas Kaunseling

     Pendedahan dan perkongsian ilmu-ilmu berkaitan Psikologi dan Kaunseling.

l) Pengurusan Stres

    Memberikan pendedahan dan pengetahuan mengenai stres dan teknik pengurusan stres.           

                                                                                                                                                      Image result for program pembangunan

 

  • Setiap permohonan ceramah, kursus, atau seminar yang berkaitan psikologi dan kaunseling adalah melalui Timbalan Pendaftar Kanan BSM.