+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

BUDDIES @ PEMENTORANĀ 

 

Buddies @ Pementoran merupakan satuĀ  pendekatan untuk memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara professional oleh mentor (pegawai yang terlatih, berkemahiran dan beretika) bagi pembangunan diri menti (pegawai yang memerlukan bimbingan)

Kaunseling Kelompok/ Kumpulan ialah kaunseling yang melibatkan 2-8 orang ahli yang mempunyai keseragaman dalam minat, kepentingan dan maklumat. Ia meliputi kaunseling yang berkaitan dengan isu organisasi, kerjaya, peningkatan kemahiran, pegawai bermasalah, kepimpinan, psiko-sosial, seksual dan sebagainya.

Bagi mendapatkan perkhidmatan Kaunseling Kelompok/ Kumpulan, Sila gunakan BORANG A2 bagi Permohonan Temujanji atau Rujukan Kaunseling Kelompok/ Kumpulan.

                                                                        Image result for counselling icon

Kaunseling Keluarga/ Pasangan / Perkahwinan merupakan sesi kaunseling yang melibatkan individu dan pasangan serta ahli keluarga. Pelbagai isu yang akan dibincangkan melalui sesi kaunseling ini meliputi isu- isu peningkatan kemahiran berkeluarga, keibubapaan, permasalahan kekeluargaan, perkahwinan dan juga seksual. 

Bagi mendapatkan perkhidmatan Kaunseling Keluarga/ Pasangan atau  Perkahwinan, Sila gunakan BORANG A1 bagi Permohonan Temujanji. 

                                     Related image