Program Menawan Anugerah Kehidupan merupakan di antara program kerjasama di antara Unit Kaunseling Staf, Bahagian Pengurusan Modal Insan (HCM), Pusat Kaunseling UTM dan Bahagian Pembangunan Modal Insan (HCD).
Program ini merupakan program pendedahan kepada staf tentang perubahan yang akan berlaku dalam transisi kehidupan berkaitan dengan premenopause, menopause, preandropause dan andropause.
Ceramah disampaikan oleh penceramah – penceramah berpengalaman iaitu Prof. Madya Dr. Siti Fatimah binti Yusooff (UKM), Dr. Hajah Azmillah binti Rosman (Hospital Selayang), Dr. Lim Wan Teng (Hospital Sultanah Aminah) dan Prof. Emeritus Dr. Mohd Ismail Bin Mohd Tambi (Damai Service Hospital). Program ini dijalankan pada 20 November 2013 bertempat di Dewan Kuliah 3, Bangunan L50, Universiti teknologi Malaysia, Johor Bahru.