+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Matlamat, Ciri-Ciri & Etika

i.              Memberi Sokongan Kepada Transformasi Diri

Pegawai memerlukan pandangan dan pendapat daripada orang lain dalam menghadapi sebarang bentuk perubahan yang berlaku dalam dunia kerjaya yang diceburi. Oleh itu, adalah penting untuk mempunyai rakan yang berkemahiran dan memiliki empati yang tinggi untuk membantu menghadapi transformasi tersebut.

 

ii.            Meneguhkan Transformasi yang Dibuat

Perubahan tingkah laku yang dilaksanakan oleh pegawai perlu diberi peneguhan agar transformasi tersebut berkekalan dan relevan. Contohnya: dengan memberi idea, pandangan dan dorongan ke arah minda yang positif.

 

iii.           Berkongsi Pengalaman dan Ilmu Pengetahuan

Pengalaman dan pengetahuan berharga yang dimiliki oleh pegawai boleh memberi manfaat kepada organisasi. Pelbagai idea dan pemikiran kreatif akan terhasil sekiranya ia dapat berkongsi bersama warga organisasi.

 

iv.           Berkongsi Permasalahan melalui Sesi Bimbingan

Perasaan dan emosi negatif yang dipendam akan mwujudkan konflik diri. Oleh itu, ia perlu disalurkan secara positif dan teratur kepada mereka yang berkemahiran dan bersedia untuk membantu. Justeru itu, AKRAB boleh memainkan peranan penting dalam membantu pegawai untuk lebih menerima tanpa syarat perluahan perasaan dan berkongsi pandangan serta pengalaman secara lebih profesional.

 

v.            Memperkuatkan Semangat dalam Transformasi Diri

AKRAB diharap mampu membantu rakan sekerja agar perubahan positif dapat dikekalkan demi kecemerlangan diri dan organisasi.

 

vi.           Membentuk Budaya Kerja Berpasukan

Budaya tolong-menolong, nilai-nilai kemanusiaan dan kerja secara berpasukan yang diterapkan kepada ahli AKRAB akan menjadi contoh dan teladan atau role model kepada pekerja yang lain.

Seorang ahli AKRAB perlulah melengkapkan diri dan memberikan perhatian kepada aspek integriti, etika dan moral dalam menjalankan peranan sebagai ahli AKRAB. Untuk menjadi contoh teladan kepada rakan sekerja yang lain, kompetensi peribadi haruslah berteraskan kepada keselarasan prinsip mengenai apa yang dikatakan dengan apa yang dilakukan. Terdapat lima ciri amalan yang boleh meningkatkan kompetensi peribadi. Antaranya :

                                                                               

 Amanah

  • Tugas memikul amanah yang cukup berat kerana melibatkan rahsia dan maruah diri pegawai yang dibantu.
  • Amanah ini perlu dipegang demi menjamin keprofesionalan dalam melaksanakan tugas serta menjaga kelangsungan perkhidmatan yang diberi.
  • Kepercayaan kepada diri Rakan Pembimbing dan peranannya banyak bergantung kepada sejauh mana Rakan Pembimbing itu dapat menjaga dan menggalas amanah yang dipertanggungjawabkan.

Komitmen

  • Menjaga dan melaksanakan peranan pembimbing memerlukan komitmen yang jitu dan daya usaha yang bersungguh-sungguh.
  • Tanpa komitmen, Rakan Pembimbing pastinya merasa tertekan, keliru dan terbeban dengan tugas-tugas harian serta peranan sebagai Rakan Pembimbing.
  • Komitmen yang tinggi, pembahagian masa, tenaga dan usaha dapat dilakukan bagi memastikan peranan sembagai Pembimbing mampu dilaksanakan.

Rasional

  • Rakan Pembimbing perlu rasional dengan berpegang kepada konsep penerimaan tanpa syarat semasa berperanan sebagai Rakan Pembimbing.
  • Ini penting supaya setiap pegawai yang memerlukan bantuan tidak dilabel dan diberikan tanggapan negatif sebelum mereka diberikan bimbingan.

Akhlak

  • Bagi memastikan peranan sebagai Rakan Pembimbing berkesan dan mencapai objektif, setiap Rakan Pembimbing perlu menyediakan diri dengan akhlak yang mulia.
  • Akhlak sebagai Rakan Pembimbing seperti menepati masa, berakauntabiliti, berpegang pada janji, menghormati hak diri dan orang lain dan tidak mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain penting dan perlu ada pada diri setiap Rakan Pembimbing.
  • Akhlak mulia ini seharusnya bukan sahaja pada kata-kata tetapi juga pengamalan dan sebati dalam diri Rakan Pembimbing itu sendiri.
  • Penampilan diri dan akhlak mulia yang dipamerkan boleh menimbulkan rasa percaya orang lain terhadap diri Rakan Pembimbing dan perkhidmatan yang diberi.

Bestari

  • Tugas membantu dan membimbing merupakan amalan yang perlu ada pada semua insan.
  • Meningkatkan rasa insaf dan kesedaran diri yang tinggi.
  • Menimbulkan kekuatan dalaman yang membantu dalam meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja yang tinggi.
  • Ciri amalan bestari ini adalah sejajar dengan kehendak Perdana Menteri yang mengutamakan pencapaian dengan membantu setiap Rakan Pembimbing meningkatkan pengetahuan untuk menjadi lebih kreatif dan kritis dalam melaksanakan tugas sebagai Rakan Pembimbing organisasi masing-masing.

Etika yang perlu ada dalam setiap ahli AKRAB :

 

  • Amanah dan menyimpan rahsia
  • Menerima dan menghormati orang lain
  • Memahami batasan dan keupayaan diri
  • Sentiasa berusaha mempertingkatkan kemahiran dari pada pelbagai aspek
  • Melaporkan kepada Pegawai Psikologi tentang kes yang boleh merosakkan diri & dan orang lain
  • Merujuk kes / permasalahan yang rumit kepada Pegawai Psikologi
  • Memahami peraturan dan etika perkhidmatan awam