+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Latar Belakang AKRAB

     Pelaksanaan AKRAB Dalam Perkhidmatan Awam merupakan salah satu program yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 18 Tahun 2005:Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam.

     Dalam pekeliling tersebut, Panduan Pelaksanaan Program AKRAB secara umum telah dijelaskan dalam Aplikasi Psikologi Dalam Intervensi melalui Program Pengupayaan Kendiri (PPK) yang merupakan satu kaedah dalam mengurus sumber manusia bagi mempertingkatkan kecemerlangan diri pegawai. Program ini merangkumi aspek penilaian, pembangunan, khidmat bimbingan, khidmat nasihat, sokongan dan penambahbaikan kepada pegawai itu sendiri.

     Bagi mencapai hasrat mempertingkatkan kecemerlangan pegawai awam, empat program utama telah digabungkan dalam Program Pengupayaan Kendiri yang berfungsi secara matrik iaitu:
a. Program Penilaian Pekerja;
b. Program Pementoran;
c. Program Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam; dan
d. Program Kaunseling.

     Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005 tidak menjelaskan secara spesifik dan menyeluruh berhubung proses pelaksanaan AKRAB secara berstruktur dan sistematik. Justeru itu, pada tahun 2009, Bahagian Pengurusan Psikologi telah menerbitkan Buku Panduan Pelaksanaan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam : Konsep Dan Aspirasi.

     Sehubungan itu, Surat Pekeliling ini dikeluarkan bagi menjelaskan skop, konsep dan prosedur pelaksanaan program AKRAB dalam perkhidmatan awam yang boleh dijadikan sumber rujukan dan panduan kepada pengurus sumber manusia untuk melaksanakan program AKRAB secara berkesan.