Kaunseling Kelompok/ Kumpulan ialah kaunseling yang melibatkan 2-8 orang ahli yang mempunyai keseragaman dalam minat, kepentingan dan maklumat. Ia meliputi kaunseling yang berkaitan dengan isu organisasi, kerjaya, peningkatan kemahiran, pegawai bermasalah, kepimpinan, psiko-sosial, seksual dan sebagainya.
Bagi mendapatkan perkhidmatan Kaunseling Kelompok/ Kumpulan, Sila gunakan BORANG A2 bagi Permohonan Temujanji atau Rujukan Kaunseling Kelompok/ Kumpulan.