Kembara Jiwa merupakan salah satu aktiviti kerjasama di antara Unit Kaunseling Staf, Bahagian Pengurusan Modal Insan (HCM) dan Pusat Kaunseling UTM. Aktiviti ini berfokuskan kepada Pencegahan dan Pengurusan Tekanan secara praktikal dan didedahkan kepada staf dengan menggunakan kemudahan Bilik Snozelen yang terdapat di Pusat Kaunseling UTM. Aktiviti ini dijalankan sepanjang bulan Mac dan April 2014.