Saya ingin mendapat maklumat mengenai cuti sakit?

Cuti sakit diberikan kepada staf yang tidak sihat untuk melaksanakan tugas. Sijil cuti sakit dikeluarkan samada oleh doktor kerajaan atau doktor swasta. Kelayakan cuti sakit setahun ialah 90 hari. Jika didapati masih tidak sihat akan diberi cuti sakit tambahan sebanyak 90 hari lagi. Belum sembuh lagi akan diberi cuti sakit lanjutan separuh gaji dengan perakuan Lembaga Perubatan selama 90 hari. Jika masih belum sembuh juga akan diberi cuti sakit lanjutan selama 90 hari tanpa gaji dengan perakuan Lembaga Perubatan. Dalam tempoh ini juga akan diberi elaun bersamaan separuh gaji.

Apakah yang perlu saya lakukan untuk disahkan ke dalam perkhidmatan. Apakah implikasi jika saya tidak disahkan dalam jawatan?

Sebelum pertimbangan untuk disahkan dalam perkhidmatan seseorang staf dikehendaki memenuhi keperluan berikut :

  1. Memenuhi syarat tempoh percubaan 1 – 3 tahun;
  2. Hadir dengan jayanya kursus induksi;
  3. Lulus peperiksaan perkhidmatan yang disyaratkan mengikut skim perkhidmatan (tidak semua perkhidmatan mensyaratkan lulus peperiksaan);
  4. Diperakukan oleh Ketua Jabatan.

Jika seseorang gagal disahkan dalam perkhidmatan, implikasinya seperti berikut :

  1. samada dilanjutkan tempoh percubaan berdenda/tidak berdenda;
  2. boleh ditamatkan perkhidmatan;
  3. tidak layak mendapat kemudahan cuti haji;
  4. tidak layak memohon pinjaman perumahan kerajaan.