Adakah UTM membenarkan kutipan derma dilakukan di dalam kampus?

Ya. Namun, perlu mendapatkan surat pengesahan daripada pihak berwajib sebagai mana berikut:

i. Derma daripada organisasi luar.

  • Masjid atau surau: melalui Jabatan Agama Negeri atau Daerah.
  • Derma khas: melalui kementerian atau Jabatan Kerajaan.
  • Derma rumah anak yatim: melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.

ii. Derma dalaman.

  • Staf: melalui ketua jabatan.
  • Pelajar: melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Apakah kaedah untuk mendapatkan maklumat berkaitan latihan yang akan dianjurkan dan menjadi seorang calon?

Terdapat 3 kaedah dalam mendapatkan maklumat berkaitan latihan yang akan dianjurkan. Antaranya adalah:i)    Semakan senarai latihan didalam Buku Program Latihan yang akan diedarkan oleh pihak Bahagian Pembangunan Modal Insan, Pejabat Pendaftar kepada setiap Ketua Jabatan & Pegawai Sumber Manusia (PSM) di setiap fakulti.ii)   Semakan jadual senarai latihan didalam laman sesawang Pejabat pendaftar.Melalui pengeluaran surat permohonan keperluan calon program yang dikeluarkan oleh Unit Latihan, Bahagian Pembangunan Modal Insan, Pejabat Pendaftar.

Apakah syarat-syarat bagi permohonan bersara pilihan dan bagaimana bayaran bersara pilihan dibayar?

Seseorang staf boleh memohon persaraan pilihan apabila berumur 40 tahun ke atas. Tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira tidak kurang dari 10 tahun. Semasa persaraan pilihan diluluskan staf layak dibayar ganjaran perkhidmatan dan gantian cuti rehat (jika ada). Bayaran persaraan akan dibayar apabila mencapai umur 45 bagi perempuan dan 50 bagi lelaki. Bagi staf lantikan selepas 12 April 1991, bayaran bersara mengikut umur opsyen 55/56/58.

Saya membeli rumah melalui pinjaman bank. Saya bercadang memohon pinjaman perumahan kerajaan untuk menyelesaikan pinjaman itu. Bagaimana caranya?

Skim pinjaman perumahan kerajaan boleh dibuat bagi menyelesaikan pinjaman perumahan bank. Selain itu ada 4 jenis lagi skim pinjaman perumahan kerajaan termasuk membeli rumah siap bina, membina rumah di atas tanah sendiri, beli rumah dalam pembinaan dan membeli tanah untuk dibuat rumah. Pinjaman perumahan kerajaan ada 2 jenis iaitu secara konvensional (SPPP) dan secara islam (SPPPI). Pekeliling Perbendaharaan bil.6/1995, Surat Pekeliling Perbendaharaan bil.4/2006, Surat Pekeliling Perbendaharaan bil.10,11,12/2005

Bilakah seseorang staf perlu mengisytiharkan harta dan apakah jenis harta yang perlu diisytiharkan?

Staf dikehendaki mengisytiharkan harta apabila dilantik ke dalam perkhidmatan awam, memperolehi harta tambahan, melupuskan harta atau diminta oleh kerajaan. Harta-harta yang perlu diisytiharkan termasuklah harta tidak alih termasuk tanah, kediaman dan bangunan serta harta alih termasuk wang, syer, saham, lesen perniagaan dan kenderaan motor.

Saya ingin mendapat maklumat mengenai cuti sakit?

Cuti sakit diberikan kepada staf yang tidak sihat untuk melaksanakan tugas. Sijil cuti sakit dikeluarkan samada oleh doktor kerajaan atau doktor swasta. Kelayakan cuti sakit setahun ialah 90 hari. Jika didapati masih tidak sihat akan diberi cuti sakit tambahan sebanyak 90 hari lagi. Belum sembuh lagi akan diberi cuti sakit lanjutan separuh gaji dengan perakuan Lembaga Perubatan selama 90 hari. Jika masih belum sembuh juga akan diberi cuti sakit lanjutan selama 90 hari tanpa gaji dengan perakuan Lembaga Perubatan. Dalam tempoh ini juga akan diberi elaun bersamaan separuh gaji.

Apakah yang perlu saya lakukan untuk disahkan ke dalam perkhidmatan. Apakah implikasi jika saya tidak disahkan dalam jawatan?

Sebelum pertimbangan untuk disahkan dalam perkhidmatan seseorang staf dikehendaki memenuhi keperluan berikut :

  1. Memenuhi syarat tempoh percubaan 1 – 3 tahun;
  2. Hadir dengan jayanya kursus induksi;
  3. Lulus peperiksaan perkhidmatan yang disyaratkan mengikut skim perkhidmatan (tidak semua perkhidmatan mensyaratkan lulus peperiksaan);
  4. Diperakukan oleh Ketua Jabatan.

Jika seseorang gagal disahkan dalam perkhidmatan, implikasinya seperti berikut :

  1. samada dilanjutkan tempoh percubaan berdenda/tidak berdenda;
  2. boleh ditamatkan perkhidmatan;
  3. tidak layak mendapat kemudahan cuti haji;
  4. tidak layak memohon pinjaman perumahan kerajaan.