Kaunseling merupakan satu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang menyeluruh untuk sepanjang hayat berlandaskan etika.
Monthly Archives: July 2017
Adakah kemudahan rawatan pergigian disediakan?
Ya. Rawatan pergigian adalah merupakan rawatan yang boleh dibuat di Klinik Pergigian Kerajaan / Klinik Pergigian Swasta / Pusat Kesihatan Universiti dan terhad kepada RM500.00 setahun bagi setiap staf.
Adakah rawatan bersalin diberikan kepada staf wanita atau isteri staf?
Ya. Namun, hanya melibatkan Hospital Kerajaan/IPTA dan Klinik Kerajaan sahaja.
Bagaimanakah hendak mendapatkan Surat Jaminan Perubatan (Guarantee Letter) ?
Surat Jaminan Perubatan (GL) boleh dicetak sendiri oleh staf melalui web HRMIS (https://hrmis2.eghrmis.gov.my). Manakala bagi GL IJN akan dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Organisasi.
Adakah ibu bapa staf boleh mendapatkan rawatan di klinik panel?
Tidak. Ibu bapa staf hanya layak mendapat rawatan percuma di klinik/hospital kerajaan sahaja.
Siapakah yang layak ditanggung oleh staf di bawah kemudahan perubatan?
a. Isteri atau isteri-isteri yang sah bagi staf lelaki dan suami yang sah bagi staf wanita.
b. Anak-anak yang ditanggung sepenuhnya termasuk anak tiri atau anak angkat yang sah dari segi undang-undang dengan memenuhi syarat-syarat berikut:
i- Berumur di bawah 18 tahun kecuali masih belajar sepenuh masa dan tidak melebihi 21 tahun dan belum berkahwin.
ii- Anak yang sedang menuntut sepenuh masa di peringkat ijazah Pertama sahaja juga layak mendapatkan kemudahan rawatan tidak melebihi umur 24 tahun dan belum berkahwin.
iii- Anak istimewa tanpa had umur.
c. Ibu bapa yang sah termasuk ibubapa kandung atau ibubapa tiri atau ibubapa angkat yang pertaliannya sah daripada segi undang-undang untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan atau Hospital IPTA sahaja (kemudahan klinik panel universiti adalah tidak layak).
Bagi staf di bawah Skim Saraan JKK, ibubapa tidak termasuk di bawah tanggungan dan tidak layak menerima kemudahan di bawah skim ini.
Adakah pesara UTM boleh mendapatkan kemudahan rawatan di klinik panel UTM?
Tidak. Pesara UTM hanya layak mendapat kemudahan perubatan di Pusat Kesihatan UTM dan Hospital Kerajaan sahaja.
Apakah yang dimaksudkan dengan Kawasan Akademik?
Kawasan Akademik adalah Kawasan Larangan bagi semua kenderaan pelajar pada waktu pejabat ( Ahad – Khamis ) (07:30 – 17:30) meliputi Kawasan Bagunan Pentadbiran dan bagunan-bagunan Fakulti yang berada di dalam Lingkaran Ilmu
Adakah tahun satu boleh membawa kenderaan dalam kampus?
Tidak boleh, merujuk pekelilng Pelajar tahun 1 tidak di benarkan membawa kenderaan ke dalam kampus sekiranya di dapati ingkar Bahagian keselamatan akan mengeluarkan saman di bawah akta AUKU.
Seorang mahasiswa/i harus masuk ke Kampus selewat2nya jam berapa?
Mahasiswa/i seharusnya masuk balik ke Kampus selewat-lewatnya sebelum jam 12.00 tengah malam bagi mengelakan nama anda dari scan dan di rekod dalam Sistem Pulang lewat